PERJUANGKAN SEMULA TUHAN

KALAU engkau tidak takut dengan Allah,
Zat yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui
Tidak mungkin engkau takut
melakukan kesalahan sesama manusia
Jika engkau tidak mencintai Tuhan
yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Bolehkah engkau memberi kasih sayang
sesama manusia?
Kalau dengan Tuhan yang sentiasa memerhati engkau,
engkau tidak jujur
Sudah pasti engkau tidak akan jujur sesama makhluk
Dengan Tuhan pun engkau tidak boleh adil
Dengan makhluk Tuhan sudah pasti engkau
tidak akan boleh adil
Tuhan yang sentiasa mempedulikan engkau,
engkau tidak ambil peduli
Sudah pasti engkau tidak akan
mempedulikan manusia dan makhluk Tuhan
Ertinya kejujuran engkau adalah terhenti
sejauh mana engkau jujur dengan Tuhan
Keadilan engkau sesama manusia ditentukan
di sejauh mana engkau adil dengan Allah
Cinta engkau sesama makhluk Tuhan
adalah bersumberkan cinta engkau dengan Tuhan
Takut engkau membuat kesalahan sesama makhluk
Ia ada hubung kait dengan sejauh mana
engkau takut dengan Zat yang Maha Agung
Di sini kita faham bahawa corak hidup manusia ditentukan
sejauh mana ia takut atau cinta dengan Tuhan
Cintakan dan takutkan Tuhan
adalah penentu sikap hidup manusia itu
Oleh itu untuk membaikkan manusia dan masyarakat
Perjuangkan semula Tuhan yang sudah dilupakan orang                                             Agar Tuhan ditakuti dan dicintai
Insya-Allah segala persoalan hidup manusia akan selesai
Seluruh masalah akan dapat diperbetulkan
Di sini kita lihat pembangunan insaniah itu
adalah amat penting
Selepas itu bangunkanlah maddiah atau material
Ia akan berlaku seimbang