JANGAN LUPAKAN YANG MAHA KUASA

DI WAKTU engkau menyalahgunakan kuasa
Tidak teringatkah engkau, kuasa itu akan ditarik Tuhan
Ketika engkau menzalim dengan kuasamu
Tidakkah kamu ingat engkau juga
akan dihukum dengan kuasa-Nya
Mengapa engkau tidak terfikir masa depanmu
Bukan sahaja di Akhirat bahkan di dunia lagi
Apakah kamu boleh menentukan nasibmu
Kamu tidak akan mendapat kesusahan?
Nasib malang tidak akan menimpamu?
Tidak terfikirkah kezaliman akan dibalas
dengan kezaliman di dunia lagi
Di Akhirat apatah lagi
Pasti engkau akan terhukum
Jika taubat tidak engkau lakukan
Dan kalau Allah tidak mengampunkan
Ingatlah kuasa yang ada padamu
Bukan boleh menyelamatkan kamu
Kerana di atas kuasamu ada kuasa Tuhan
yang Maha Kuasa
Kuasa yang menentukan segala yang berkuasa