PERLUNYA RASA BERTUHAN

MARILAH kita rasakan Tuhan itu Pelindung
Marilah kita rasakan Tuhan itu Penjaga
Marilah kita merasakan Tuhan itu Pengawal
Marilah kita merasakan Tuhan itu Pembela
Marilah kita merasakan Tuhan itu Penyelamat
Marilah kita merasakan Tuhan itu segala-galanya
Rasa-rasa ini mendorong kita cinta kepada Tuhan
Rasa-rasa ini menjadikan kita takut kepada-Nya
Rasa-rasa  ini membawa kita malu kepada-Nya
Rasa-rasa ini mendorong kita merasa kuat dengan-Nya
Juga rasa-rasa ini mendorong kita
menjadi berani yang tiada taranya
Kerana Pelindung dan Pembela kita itu
Maha Gagah dan Berkuasa
Maha Berkehendak dan kehendak-kehendak-Nya
tidak boleh siapa menolaknya
Siapa yang merasa seperti yang dikatakan,
waktu seorang terasa ramai
Di waktu ramai, bertambah lagi dirasakan ramai
Rasa-rasa inilah, kita pandang makhluk ini
tiada kuasa apa-apa
Walau bagaimana besar kuasa dan pangkatnya
Kita akan merasa semuanya ini sama sahaja dengan kita
Tidak ada mempunyai apa-apa kuasa dan daya
Di hadapan Tuhan sama sahaja
Barulah kita berani dan tegas menegakkan kalimah Allah
Di sinilah perlunya kita rasa bertuhan