Akhlak adalah tempat pandangan Tuhan, Rasul dan manusia

 
Senyumlah selalu, mesralah selalu ia membantu berkasih sayang sesama manusia
Janganlah ketawa terbahak-bahak, jiwa mati
Rupanya pun hodoh, buruk sekali
Ketawa berdekah-dekah lambang kelalaian hati
Bukan itu cara bermesra, bahkan orang benci
Janganlah mengada-ada selalu, bergurau berlebih-lebihan, ia akan membawa perbalahan atau orang jemu
Kalau selalu dilakukan menjadi kebiasaan hilang wibawa diri
Sedangkan wibawa diri adalah mahal, ia adalah keyakinan orang
Bahkan ia adalah maruah diri
Ada maruah adalah kepercayaan orang, tidak ada maruah hilang keyakinan orang
Bercakap kenalah jaga bahasanya
Jangan mencarut, jangan mengumpat, jangan bercakap lucah
ia melambangkan peribadi rendah
Kehormatan kita hilang, orang tidak segan, harga diri terkorban
Bercakap kotor melambangkan rendahnya akhlak seseorang
Akhlak adalah tempat pandangan Tuhan, Rasul dan manusia
Tidak ada akhlak pada seseorang, orang itu pandaikah, berkuasakah, kayakah kehormatannya hilang
Keyakinan orang hilang, kepercayaan orang pudar
Berkelakar berlebih-lebihan orang suka dengar, tapi orang tidak segan
Sekadar kemesraan tidak mengapa, jangan melampau
Kerana berlebih-lebihan berkelakar mematikan jiwa, orang tidak percaya
Awaslah kelakuan kita, biarlah normal
Agar kepercayaan orang tidak pudar

Rasulullah dan sahabat

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat2nya dan bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Sy Abu Bakar:
“Apa yg kamu suka dari dunia ini?”
Dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra.
“Aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1. Duduk2 bersamu Rasulullah
2. Melihat wajah Mu ya Rasulullah
3.Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah ”

Lalu Rasulullah bertanya dengan Saidina Omar ra.
“Bagaimana pula dengan mu ya Omar?”
Jawab saidina Omar
“Ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2 .Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang2an
3.Berkata yang benar walaupun pahit

“Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?”
Berkata Saidina Uthman
“Ada 3 perkara yang aku suka:

1. Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur ”

“Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?”
“Aku juga cintakan 3 perkara:

1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dengan pedang ”

Kemudian bertanya Rasulullah pada Abu dzar “Apa yang kamu suka di dunia ini?”
Berkata saidina Abu Dzar
“Aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.Lapar
2.Sakit
3.Mati ”

Kemudian Rasulullah bertanya, “Kenapa wahai Abu Dzar?”
Berkata saidina Abu Dzar, “Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. Aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosa2 ku. Aku sukakn maut kerana untuk bertemu Tuhanku”

Kemudian bersabdalah Rasulullah saw
“Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.Wangi2an
2.Wanita yg solehah
3.Sembahyang menjadi penyejuk hati ku ”

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah dan para sahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakan “Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1.Menyampaikan risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap orang miskin ”

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi lagi ke bumi dan berkata
“Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah swt berkata; Sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.Lidah yang sentiasa berzikir
2.Hati yang sentiasa khusyuk
3.Jasad yang sabar menanggung ujian. “