ALANGKAH HINA DAN LEMAHNYA HAMBA-MU

TUHAN! Alangkah hina dan lemahnya hamba-Mu ini
Langsung tidak ada kuasa dan kudrat
Kuasa dan kudrat sepenuhnya adalah milik-Mu
Jika di waktu aku duduk
Aku boleh Engkau menjatuhkan
Aku boleh Engkau matikan
Dan aku boleh Engkau lalaikan
Di waktu rehat-rehat
Engkau boleh jadikan aku pening kepala
dengan tiba-tiba
Aku boleh jatuh
Aku boleh tidak sedarkan diri bahkan boleh mati
Di waktu sedang aku makan
Engkau boleh tercekikkan aku
Boleh aku tercekik tulang
Boleh bila-bila masa sahaja di waktu itu aku tumbang
Di waktu bercakap-cakap,
Engkau boleh buat apa sahaja denganku
Engkau boleh lupakan aku
tentang sesuatu yang hendak dicakapkan
Boleh di waktu itu aku terbatuk-batuk
Boleh rebah di waktu itu
Di dalam masa tidur
Engkau boleh tidurkan aku terus tidur
Iaitu daripada mulanya aku tidur kecil
terjadi tidur besar
Atau bangkit-bangkit tidur terus sahaja mati
Itu terpulanglah kepada Engkau
Engkau boleh buat apa saja kepadaku
Di mana aku berada, di waktu bila,
di dalam keadaan apa
Macam-macam Engkau boleh jadikan aku                                                                         Manalah ada kuasa padaku
Sedikit pun tiada kudratku
Kerana itulah nasibku seluruhnya
aku serahkan kepada-Mu
Kesihatanku, makan minumku, keselamatan aku,
aku serahkan kepada-Mu
Kerehatanku, kesenanganku dan kebahagiaanku
Aku yakin Engkau tidak menzalimi hamba-hamba-Mu
Kalau begitu, seluruh hidup matiku
Aku serahkan kepada-Mu
Kerana aku langsung tidak ada kuasa apa-apa
Terserahlah kepada-Mu Tuhan
Tapi aku baik sangka dengan-Mu