MAHA SUCI TUHAN DARIPADA PENYERUPAAN

ALLAH Taala adalah Tuhan
yang sungguh berbeza dengan makhluk-Nya
Sama ada zat-Nya, sifat-Nya
mahupun perbuatan-Nya
Tuhan tidak perlu kepada tempat
kerana tempat Dia yang mencipta
Juga Dia bukan jrim
yang memerlukan ruang tempat berada
Ruang juga makhluk ciptaan-Nya
Tuhan juga tidak berada di dalam masa
Kerana Tuhan tidak perlu kepada ciptaan-Nya
Lantaran itu Tuhan tidak merasa hidup lama
Oleh itu Tuhan tidak merasa cepat dan lambat
Yang merasa cepat dan lambat adalah makhluk-Nya
Cepat dan lambat diukur dengan masa
Tuhan tidak terlibat dengan masa
Tapi Tuhan tahu tentang masa cepat dan lambat
Pandangan-Nya terhadap yang dekat
dan jauh sama sahaja
Yang terlindung dengan yang tidak tiada bezanya
Yang kecil dengan yang besar serupa aja
Pendengaran-Nya sama ada yang bersuara atau tidak
semuanya didengar-Nya
Yang jauh atau yang dekat tetap didengar-Nya,
bahkan tidak ada bezanya
Pengetahuan setiap yang wujud mahupun yang tiada
semua diketahui-Nya
Sama ada yang kecil mahupun yang besar
tiada kecuali di dalam pengetahuan-Nya
Sekalipun sebesar debu yang paling halus
tersembunyi pula namun diketahui-Nya
Bahkan gerak hati kita sendiri pun                                                                                          yang kita tidak dapat mengesannya Dia tahu
Itulah Dia Tuhan sungguh Agungnya
Maha Suci Dia daripada penyerupaan
Sama ada zat-Nya,
sifat-Nya mahupun perbuatan-Nya