JANGAN TINGGALKAN AKU TUHAN

KALAU Engkau tinggalkan aku Tuhan
Apalah erti hidup ini
Jika Engkau biarkan aku Tuhan
Segala yang ada tidak ada erti
Apalah erti hidup, tanpa-Mu Tuhan
Aku memerlukan-Mu
Jika Engkau pimpin aku
Segala yang ada mempunyai makna
Setiap milikanku mempunyai erti
Kalau tidak memiliki apa-apa pun, masih mempunyai
Begitulah besarnya erti hidup bersama-Mu
Bahagialah hati, cerialah muka walaupun papa
Kalau hidup ini tidak bersama-Mu
Hilanglah bahagia, ceria tiada, walaupun berkuasa dan kaya
Betapalah kalau miskin dan papa
Bertambah malang bahkan celaka
Engkau adalah keperluan di dalam kehidupan
Engkau adalah cahaya menyuluh harapan
Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan
Engkau adalah segala-galanya
Jangan tinggalkan aku Tuhan!
Jangan biarkan aku Tuhan
Itulah harapanku pada-Mu
Dengan rahmat-Mu Tuhan, harap tunaikan

Advertisements