Golongan Yang Disukai Tuhan

Kalau engkau kaya pemurahlah, tolonglah orang susah

Kalau engkau ditakdirkan miskin sabar dan tabahlah

Kedua-dua golongan ini disukai Allah

Tuhan redha, Tuhan suka, Dia beri pahala

Kalau engkau pemimpin, rendah dirilah, disukai Allah

Jadikanlah dirimu ibu dan ayah

Ciri-ciri pemimpin itu laksana ibu dan ayah

Engkau akan disukai, engkau akan disayangi dan dihormati

Kalau engkau berilmu jadilah obor

Masyarakat mendapat pimpinan daripada cahaya ilmumu

Engkau mendapat pahala, Tuhan redha

Kaum atau bangsa maju dan berjaya

Kalau engkau pemuda, berilah tenaga untuk agama dan bangsa

Tenagamu sangat diperlukan oleh bangsa dan negara

Jangan hanya habiskan masa terbuang sia-sia

Agama, bangsa, negara rugi tidak ada pembela

Kalau engkau pemudi jadilah pemalu  dan bersopan

Agar kamu tidak merosakkan pemuda-pemuda bangsa

Jika mereka rosak, rosaklah bangsa

Rosak bangsa semua kita rugi dan kecewa