BERSYUKURLAH KERANA TUHAN

Kalau engkau ditakdirkan miskin, sedangkan engkau beriman

Sabarlah engkau sungguh beruntung

Bergembiralah engkau sungguh bertuah

Di antara kebaikan yang engkau dapat

Di Akhirat nanti engkau kurang dihisab

Menjadikan engkau cepat masuk Syurga

Setiap yang engkau berhajat tidak dapat, penghapusan dosa

Setiap yang engkau hendak tidak diperolehi, diberi pahala

Di dunia engkau kurang tanggungjawab

Tuhan kasih kepada engkau

Di Akhirat kelak engkau masuk Syurga bersama Rasulullah

Ibadah yang sedikit dipandang besar oleh Allah Taala

Jika engkau ditakdirkan menjadi orang kaya

Padahal engkau beriman

Tanggungjawab engkau adalah besar kepada masyarakat

Engkau juga beruntung

Engkau boleh bersyukur kepada Allah Taala yang memberi nikmat kepada engkau

Sedekah engkau banyak, banyak orang mendapat nikmat

Engkau boleh membuat kemajuan kepada umat

Maka Allah akan menambahkan lagi nikmat itu kepada engkau

Menjadikan pahala engkau bertambah-tambah banyak

Cuma di Akhirat kelak engkau banyak kena hisab

Ke Syurga engkau akan lambat

Tidak seperti orang miskin yang beriman

Mereka lebih dahulu daripada si kaya yang beriman

Walau bagaimanapun iman itulah yang menentukan kebaikan kedua-dua golongan itu

Miskin ada kebaikannya, kaya juga ada kebaikannya