SIAPAKAH YANG LAYAK BERHARI RAYA?

Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali di mana kekuatannya dan kelemahannya. Tuhan tahu bagaimana menguatkan yg lemah dan bagaimana menyuburkan yg kuat. Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka, dan di mana kejahatan mereka. Memang Tuhan ada bekalkan kepada manusia  benih baik ada benih jahat. Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat. Hatilah wadahnya yg boleh menerima kebaikan dan kejahatan. Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan berbagai-bagai ajaran dan cabaran. Cabaran itu seperti sekatan hidup, sibuk dengan kerja, berhadapan dengan kerenah manusia.Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak, kemalangan yang tidak disangka, melihat, mendengar perkara yang merosakkan.

 

Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini memberi kesan yang negatifkepada jiwa kebanyakan orang. Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan, jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan. Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka, bahkan bertambah kuat dengan Tuhan. Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya, Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan

 

Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan dan kerosakan manusia setahun dengan hanya sebulan. Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan. Seperti kereta yg sudah lama dipakai, banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul. overhaullah caranya membaikpulihkan kereta yang perjalanannya sudah tidak berapa betul Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya, sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan dia ntara satu sama lain kuat menguatkan Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh, disusul dgn membaca Al-Quran Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur digalakkan bersedekah dan pemurah, perbualan yg menambah kesedaran Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu menentukan didikan

 

Ramadhan berkesan atau tidak bekesan Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa, didikan sembahyang Ditambah lagi didikan Al-Quran dan lain-lain lagi tambahannya Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa, memaksa membuat yang disuruh, memaksa meninggalkan larangan Larangan itu sama ada yg lahir mahupun yg batin kenalah tinggalkan Mujahadah ertinya memaksa, terseksa , membencikan, menjemukan, meletihkan Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa kesungguhan Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yg menggalakkan, Pemangkin ialah puasa yg hati dan fikirannya puasa, sembahyang yg dapat dihayati, didikan Al Quran yg difaham dan dijiwai Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira, ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan.

Daripada 3 pakej didikan yg utama itulah menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan Apabila jiwa kuat, jiwa subur mujahadah pun kuat Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan drpd 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa Ertinya manusia yg dioverhaul di bulan Ramadhan mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya Lahirlah manusia yg luar biasa, iaitu manusia yg benar2 rasa kehambaan Manusia yg tawadhuk sabar, redha, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, kerjasama

Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam, gila puji, gila nama, mati Inilah dia orang yg menang dan berjaya didikan Ramadhan Selepas Ramadham manusia itu kembali suci spt fitrahnya yg semulajadi Orang ini sahajalah yg layak berhari raya Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya hari raya namanya Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni Kalau fitrah yg suci murni ini kekal sepanjang tahun, Ramadhan yg akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul Begitulah didikan Ramadhan ramai org yg gagal, sedikit sgt yg berjaya