KUASA MANUSIA TERTAKLUK ATAS KEKUASAAN TUHAN

KEKUASAAN manusia tertakluk
di atas kekuasaan Khaliqnya
Hakikatnya makhluk tiada kuasa apa-apa
Janganlah kita sombong dengan kekuasaan kita
Lebih-lebih lagi jangan kita menzalim dengan kuasa itu
Kekuasaan kita bila-bila sahaja Allah boleh tarik
Apabila Allah menarik kuasa seseorang
Hilanglah kuasanya
Nampaklah lemahnya dan hinanya
Bukan sekadar itu
Allah boleh menjatuh dan menghinanya
Bahkan boleh memalukannya
Seterusnya boleh menyusahkannya
Oleh itu apabila kita berkuasa
Ingatlah di atas kuasa kita ada kuasa Tuhan
Gunakanlah kuasa untuk keredhaan-Nya
Gunakanlah kuasa untuk kebaikan
Agar kita bersyukur dengan kuasa itu

Advertisements