HATI YANG CELIK

KALAU bukan kerana-Mu Tuhan
Tidak mungkin aku wujud di dunia ini
Kalau bukan rezeki-Mu Tuhan
Tidak mungkin aku boleh makan dan minum di dunia ini
Aku boleh hidup kerana nafas turun naik,
Engkaulah yang menganugerahkannya
Begitu besar ertinya nafas kepada manusia dan aku
Jika Engkau tarik nikmat nafas
matilah manusia dan aku serta-merta
Nafas sahaja pun tidak boleh dinilai dengan mata benda
Ia penentu hidup mati manusia dan aku
Betapalah nikmat yang Engkau anugerahkan
lebih banyak dari itu
Bagaimana boleh manusia dan aku
melupakan Engkau
Siapa yang boleh melupakan Tuhannya
Sungguh kejam dan zalim manusia itu
Tidak ada yang lebih zalim
selain orang yang melupakan Tuhannya
Rupanya manusia ini dengan mata sahaja
belum menjamin dia bersyukur
Juga dengan akal manusia belum tentu
dia boleh berterima kasih kepada Tuhannya
Melainkan hatinya yang celik yang boleh
merasa segala nikmat itu adalah dari Khaliqnya
Jadi orang yang memuja Tuhannya
bukan kerana mata dan akalnya
Tapi kerana hatinya yang jaga itulah
yang mengingat Tuhannya
Jiwanya yang celiklah dia memuja
dan membesarkan Penciptanya                                                                                             Jiwa yang celik adalah jiwa yang
sentiasa rasa bertuhan
Bila rasa bertuhan ada maka
rasa kehambaan pun tajam
Jadi dari rasa bertuhanlah
membuahkan rasa kehambaan

Advertisements