AJARKAN AKU ILMU YANG SENI-SENI

TUHAN!
Ajarkan aku lagi ilmu yang seni-seni
Iaitu beri aku faham tentang pengertian
sifat-sifat-Mu yang mendalam
Agar aku bertambah mengenal-Mu
Supaya dengan itu aku bertambah cinta dengan-Mu
Dan bertambah lagi aku takut terhadap-Mu
Aku faham, makin banyak aku mengenal-Mu
Semakin luas ilmuku terhadap-Mu
Bagiku, rasa gerun dan hebat dengan Zat-Mu
yang Maha Kuasa
Bertambah aku malu dengan-Mu
Tuhan!
Tanamkanlah di dalam hatiku ilmu rasa
Bukan ilmu di dalam fikiran
Pandangan hati menebalkan keyakinan
Pandangan akal adakalanya membawa keraguan
Kalaupun tidak ragu rasa bertuhan tiada
Rasa bertuhan menjadikan seseorang itu
dapat menebalkan rasa kehambaan
Rasa kehambaan pada seseorang itulah
membawa seseorang tawadhuk
Tiada rasa kehambaan membawa seseorang itu
sombong dan ego