DI DUNIA TIDAK ADA HARI RAYA

Di Dunia tidak ada Hari Raya
Di sini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka

Yang ada hanya melahirkan syukur
Terhadap segala Nikmat Allah
Hari mengagih-agihkan nikmat
Agar semua manusia merasa

Hari Raya hanya di Syurga
Hari ria hanya di sana
Hari gembira di sana jua
Hari merdeka di sana semuanya

Advertisements