Perjuangan

Perjuangan itu macamlah orang membuka ladang,
Bermula daripada meneroka hutan belantara,
Setengah orang itu setakat mampu berangan hendak membuka hutan,
Tidak mampu mencuba,
Setengah orang setakat sanggup masuk ke hutan,
Bila melihat semak samun,
Kayu besar-besar,
Gelap pula,
Banyak perkara yang merbahaya,
Tidak sanggup menebang dan terus keluar meninggalkan hutan,
Setengah orang sudah sampai peringkat menebang tapi memerun pula tidak sanggup,
Keluar pula meninggalkan usaha,
Setengah orang sudah sampai peringkat memerun tapi tidak mampu pula membajak berhenti pula setakat itu,
Setengah orang sudah siap membajak dan menggembur tanah tanah,
Tidak sabar pula untuk menanam,
Mereka meninggalkan pula ladang,
Setengah orang sanggup sampai menanam hendak menjaga dan mengawal tanaman pula tidak sanggup,
Keluar pula meninggalkan ladang,
Akhir sekali tinggal golongan yang sedikit yang sanggup menjaga dan mengawal serta mengetam

-Asz-

Saidina Ali kwh

Suatu hari ketika Sayyidina Ali kwh pulang ke rumah, isterinya Saiydatina Fatimah ra hanya menghidang air. “Tidak adakah makanan untuk dimakan bersama-sama?” tanya Saiyydina Ali.
Jawab Fatimah, “Sudah dua hari kami hanya minum air!”.
Saiydina Ali pun keluar untuk meminjam 1 dirham untuk membeli makanan. Seelok dapat, beliau  terus ke kedai tapi di dalam perjalanan beliau  ternampak seorang Sahabat yang murung. Didapati sahabat itu pun mengalami masalah yang sama. Saiydina terus menyerahkan 1 dirham kepada sahabat tadi dan terus ke masjid untuk bersembahyang dengan Rasulullah SAW.
Selesai bersembahyang, Rasulullah SAW megikuti Saiydina Ali dan berkata mahu makan bersama. Sampai di rumah, Saiydina Ali tercium bau makanan yang sedap. Hairan dia, lalu bertanya isterinya; “Kata tadi tiada makanan?”.
Rasulullah SAW pun menjawab, “Itulah makanan dari syurga, Allah membayar wang 1 dirham yang kamu korbankan itu”.
Cerita di atas tadi memang sebuah sejarah yang benar-benar berlaku di atas nama Islam. Di dalamnya terdapat 3 kenyataan yang sungguh hebat.
1. Kemiskinan atau kesusahan hidup Sahabat.
2. Rasulullah SAW tahu tentang sesuatu kejadian yang tidak diberitahu pada Baginda.
3. Balasan Allah yang sangat besar kepada hamba yang sangat berbuat baik kepadanya.
Soalnya kenapa Allah Yang Maha Kaya Raya mentaqdirkan para Sahabat kadang-kadang berada di dalam kesusahan yang begitu dahsyat? Tidakkah itu boleh ditafsirkan bahawa Tuhan dan Nabi orang Islam miskin lalu orang takut dengan Islam? Padahal hakikatnya tidak pun begitu.
Sebenarnya, Allah memang suka untuk menimpakan kesusahan-kesusahan kepada orang-orangNya sekali-sekala, diselang seli dengan kenikmatan-kenikmatan supaya line  ke Allah tidak putus. Kesusahan sebenarnya perlu untuk hamba memerlukan Tuhannya. Saiyidina Ali kwh dalam kisah tadi, kelihatan cukup kuat bilamana wang cuma 1 dirham yang begitu diperlukannya itu, sanggup dengan mudah diberikannya saja kepada orang lain. Hebatnya beliau. Hingga mampu mencipta sejarah yang begitu agung! Apakah rahsia kekuatannya dan untuk apakah sejarah yang begitu sekali kekuatannya direkodkan oleh Islam?
Ya, bilamana orang mempunyai Allah, line tidak putus-putus ke Allah, sedangkan Allah ialah segala-galanya, maka demikianlah halnya kekuatan jiwa yang dimilikinya.; yakni sanggup, berani dan yakin untuk melakukan akhlaq yang luarbiasa seperti kisah di atas. Kesusahan yang bertimpa-timpa yang Allah hentakkan kepadanya, bukannya membuatkan dia sakit jiwa, bahkan dia bahagia; kerana menurutnya Allah sedang memberi perhatian istimewa kepadanya. Dia yakin, seberat manapun kesusahan yang ditanggung, nescaya Allah tidak akan pernah mensia-siakannya. Ertinya orang Islam bilamana mampu mendapatkan Tuhannya. Kesusahan mampu diambilnya sebagai keperluan dan kebahagiaan! Lantas musuh-musuh yang menyaksikan pasti takut untuk berdepan. Sebab menyusahkan orang Islam bukan menyiksakan mereka, bahkan satu keperluan dan kebahagiaan mereka. Al hasil Saiyidina Ali salah seorang tokoh besar Islam, telah dapat memenangi  kemampuan kepimpinan orang-orang bukan Islam, kerana mampu menjadi bapa kepada janda-janda, anak-anak yatim dan orang miskin.  Padahal pemimpin-pemimpin dunia dilantik Yahudi, bukan saja tidak membela, bahkan janda, anak yatim dan orang miskin dijual untuk membuat kekayaan kepada dirinya. Akibat takut dengan kesusahan, takut dengan kematian.  Pemimpin yang tidak takut susah itu nescaya mampu untuk membuang kepentingan diri demi untuk menyelamatkan rakyatnya dunia akhirat.
Kerajaan roh itu sebenarnya ialah kerajaan yang membekalkan matahari dan udara oksigen ke kerajaan bumi. Allah pasti akan membayar kerja-kerja yang dibuat untuknya jauh lebih hebat dari kerajaan lahir membayarnya. Bukti, kepada Yahudi itupun Allah boleh benarkan mereka terus bernafas, sedangkan nafas hak Allah.
Ya, nafas! Nafas itu pasti ada selagi hidup sekali pun kita tidak nampak dan tak dapat memegangnya. Begitulah cara Allah, teknologi roh mentadbir. Dan begitulah juga caranya Allah telah dan akan uruskan pembayaran-pembayaran kepada pejuang-pejuangnya yang full time : bukan tekologi dunia tapi dengan teknologi roh: pasti ada tapi tidak dapat dilihat dan tidak boleh dipegang. Tidak terduga oleh akal namun ianya benar-benar sebuah kenyataan. Di dalam sejarah budaya hidup orang Islam berlangsung secara teknologi roh inilah. Kalaulah Islam oleh Nabi Muhammad tidak cukup kaya waktu itu, masakan kekayaan Yahudi boleh tumbang dan dunia akhirnya menyerah diri kepada Islam untuk selama 700 tahun lamanya.
Yakinlah bahawa nescaya tidak akan rugi bagi sesiapa yang bekerja full time dengan kerajaan roh!

Dua Kuasa

Di akhir zaman, ada dua makhluk Allah yang diberikan kelebihan iaitu Al Mahdi dan Dajjal
Al Mahdi, Allah mengurniakan kepadanya karamah dan barakah, yang mulanya dialirkan kepada para ‘pengikutnya’ menurut keperluan semasa dan sezaman yang ada hubungkaitnya dengan kebangkitan Islam.
Ilmu pengetahuan yang banyak serta  tajdid itu diberikan kepada orang kanannya yang digelar Fata at Tamimi,satu panggilan seperti yang disebut dalam hadis-hadis.
Pengikut-pengkut mereka diberi kelebihan mudah memahami ilmu-ilmu  pengetahuan yang bersifat jaddid itu.
Sesetengahnya diberi kelebihan ilmu-ilmu pengetahuan tentang  pengubatan, terutamanya dalam merawat sihir-sihir yang menyerang
Sihir-sihir atau ilmu-ilmu hitam ini dihantar para musuh Islam iaitu Yahudi secara rambang untuk memporak perandakan masyarakat awam dari yang kafir, yang  selemah-lemah iman hinggalah yang tinggi imannya, untuk melawan karamah kerohanian orang-orang yang solehin…

Maka bermaharajalelalah jenayah dalam masyarakat beserta gejala-gejala sosialnya, seperti jenayah kekerasan, harta benda, mahupun akidah seperti ajaran sesat, Black Metal dan sebagainya.

Termasuk berkah dan karomah Al Mahdi itu, ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah-mazmumah  yang seni, untuk mudah mereka membaiki diri, dengan amalan sufi himpunan  wirid dan zikir yang  diamal tiap hari.

Sesetengahnya dikurniakan suara indah hingga digunakan untuk bernasyid
Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator
Sesetengahnya diberi ilmu perniagaan serta bermacam-macam lagi
seperti ilmu-ilmu yang khas dalam bidang masing-masing.. yakni ilmu-ilmu yang sesuai untuk menaikkan Islam

Belum lagi ilmu-ilmu karamah yang sesuai semasa zaman peperangan nanti.

Dajjal, adalah di pihak musuh Islam
Dikurniakan makhluk laknatullah itu ilmu-ilmu sihir sebagai istidraj
Pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir
Orang kanannya adalah ahli sihir terkenal, David Copperfield

Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya dialirkan kepada mereka.

Kisah Wahsyi Menebus Dosanya.

 Wahsyi bin Harb, terkenal dalam sejarah sebagai seorang hamba kulit hitam yang telah membunuh dengan kejam Sayidina Hamzah r.a., bapa saudara Rasulullah SAW. 

Ketika terjadinya Perang Uhud, Hindun telah menawarkan kepada Wahsyi agar membunuh Sayidina Hamzah r.a. dan sebagai ganjarannya dia akan dimerdekakan. Wahsyi yang memang menunggu-nunggu peluang keemasan itu telah menerima tawaran tersebut. Wahsyi segera berangkat ke medan Uhud secara sembunyi-sembunyi dan mencari-cari Sayidina Hamzah. Akhirnya dia mengenal pasti orang yang dicari iaitu Sayidina Hamzah r.a. bapa saudara kepada Rasulullah SAW. Wahsyi mula mencari tempat yang paling strategi iaitu dengan berlindung di sebalik batu. Beliau menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Setelah cukup yakin, beliau pun melemparkan lembingnya tanpa disedari oleh Sayidina Hamzah r.a. dan lembing itu tepat mengenai sasarannya. Sayidina Hamzah rebah ke bumi lalu syahid. 

Wahsyi segera memberitahu tuannya, lalu datanglah Hindun mendapatkan jasad Sayidina Hamzah yang sudah tidak bernyawa itu. Dibelahnya dada Sayidina Hamzah r.a. dengan kejam dan tanpa belas kasihan terus dikeluarkan jantungnya. Kemudian dengan rakus sekali dia mengunyah jantung Sayidina Hamzah r.a. kerana hendak memakannya, tetapi dia tidak mampu menelannya. Setelah hatinya puas, Hindun pun meninggalkan mayat bapa saudara Rasulullah itu. 

Setelah peperangan tamat, kesemua para syuhadak dikumpulkan untuk dikebumikan. Rasulullah SAW terasa amat hiba dan sedih apabila melihat mayat bapa saudaranya itu diperlakukansedemikian rupa. Rasulullah menanggung kedukaan yang sangat hebat yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. 

Ketika hari pembukaan (futuh) Mekah, Rasulullah SAW telah mengutus seseorang kepada Wahsyi untuk menyerunya kepada Islam. Akhirnya Wahsyi memeluk Islam, lalu dibawa ke hadapan Rasulullah SAW. 

Rasulullah bertanya, “Kamukah yang bernama Wahsyi?” 
“Ya,” jawab Wahsyi. 

“Kamukah yang telah membunuh bapa saudaraku Hamzah?” tanya Rasulullah. 
“Benar,” jawab Wahsyi. ” 

“Ceritakan kepadaku bagaimana kamu melakukan pembunuhan itu ,” pinta Rasulullah. 
Wahsyi pun menceritakan satu persatu apa yang telah dilakukan kepada bapa saudara Nabi itu, bagaimana tubuh bapa saudara baginda dilapah dengan kejam oleh Hindun dan dimakan hati dan jantungnya. 
Selesai sahaja bercerita, Rasulullah SAW yang dalam keadaan teramat sedih berkata kepadanya: “Pergilah kamu dari sini. Jangan engkau muncul lagi di hadapan mataku.” 

Hancur luluh hati Wahsyi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut baginda. Namun dia akur dan insaf bahawa perbuatannya dahulu telah menyakiti hati `orang Tuhan` iaitu Rasulullah SAW. Walaupun dosanya telah diampunkan lantaran memeluk Islam, tetapi atas kasih sayang Rasulullah, dia dilarang menampilkan diri di hadapan baginda, takut-takut perasaan Rasulullah tercacat apabila terpandang wajahnya. Mencacatkan hati orang Tuhan sangat besar akibatnya kerana itu bererti mencacatkan `hati` Tuhan. Orang yang cacat dengan Tuhan tidak akan selamat di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. 

Lalu Wahsyi yang sedar akan kedudukannya, redha menerima ketentuan itu. Dia memperbaiki dirinya dan meningkatkan ketaqwaannya kepada Tuhan. Sewaktu-waktu menghadiri majlis baginda, Wahsyi mengintai-ngintai dari jauh untuk melihat wajah Rasulullah SAW.Semakin hari hatinya semakin cinta dengan Nabi SAW. Dan semakin hari hatinya juga semakin rasa berdosa terhadap baginda atas perbuatannya dahulu. Lalu timbul azam di hatinya untuk menebus kembali dosa-dosanya itu dengan melakukan sesuatu yang akan menggembirakan baginda. 

Wahsyi bertekad dan berazam tidak akan pulang lagi ke Kota Mekah demi untuk merebut cinta kekasih Allah iaitu Muhammad SAW. Beliau benar-benar ingin menebus kesalahannya dengan menyebarkan Islam. Keazaman Wahsyi itu telah dibuktikannya dengan menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk berdakwah mengajak seramai mungkin manusia kepada Islam, hingga akhirnya beliau mati di luar Jazirah Arab.

Kisah Keajaiban Roh

Seorang pemuda yang telah meninggal dunia telah datang menemui Tsabit Al Banani di dalam tidurnya. Rohnya datang dalam keadaan berserabut, wajahnya pucat lesi, cemas dan gundah gulana. Tsabit dapat melihat di dalam tidurnya itu, pemuda tersebut berjalan dengan tangan kosong sambil air matanya mengalir. Dalam masa yang sama dia melihat semua ahli kubur yang lain memakai pakaian putih bersih serta membawa makanan beraneka macam.

Tsabit pun bertanya mengapakah keadaannya demikian. Pemuda itu berkata bahawa tidak ada seorang pun di dunia yang mahu mendoakan serta bersedekah untuknya. Sedangkan ahli-ahli kubur yang lain mempunyai keluarga dan sanak saudara yang sering berdoa dan bersedekah untuk mereka pada setiap malam Jumaat.

Ibunya masih hidup, tetapi setelah berkahwin lagi, ibunya lupa untuk berdoa dan bersedekah untuknya. “Kini aku telah berputus asa dan sentiasa sedih lagi cemas sepanjang masa,” kata pemuda itu. Tsabit pun bertanya tentang ibunya dan di mana dia tinggal serta berjanji akan menceritakan keadaan pemuda itu kepadanya. ” Katakan bahawa di dalam bajunya ada wang seratus misgal warisan ayahku. Wang itu adalah kepunyaanku. Nanti dia akan percaya terhadap apa yang tuan ceritakan.”

Setelah terjaga, Al Banani terus mencari ibu pemuda itu dan menceritakan kisahnya. Ibu itu jatuh pengsan apabila mendengar kesusahan yang menimpa anaknya. Bila sedar, dia memberikan wang sebanyak 100 misgal tersebut kepada Al Banani untuk disedekahkan dengan diniatkan pahalanya untuk roh anaknya.

Sekali lagi roh pemuda itu datang berjumpa Al Banani di dalam mimpinya. Wajahnya berseri-seri penuh kegembiraan. Kata pemuda “Wahai Imam Muslimin, mudah-mudahan Allah mengasihani engkau sebagaimana engkau mengasihani aku.”

9 orang Siti yang patut dicontohi

1. Siti Khadijah
– Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
– Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku tidak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
– Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
– Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
– Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
– Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah
– Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
– Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita.

Kisah Nabi Daud dengan Ulat

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Hadis

(*) SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :

“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :

1)Khatam Al Qur’an
2)Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3)Membuatkan para muslim meredhai kamu
4)Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
(*) Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

(*) Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

– MAFHUM DARI HADIS

Cara Tuhan Membalas Kasih Terhadap Kekasih-Nya

Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya
diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,

Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,
disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,

Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan
juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci
orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan
diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,

Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam
kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan
terhadap mereka,
Kerana itulah mereka redha, mereka boleh sabar di dalam penderitaan,

Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,
Kerana itulah Nabi pernah bersabda: “Bala yang paling
dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Ambiya
dan Auliya”

Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang
diberikan iman kepada mereka,
Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala
ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,
Bala yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi
rendah imannya,

Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan
Tuhan kepada mereka,

Yang saya ceritakan ini hanya orang beriman sahaja,
Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya
ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi
dari Tuhannya,

Kerana itu takutlah dengan Tuhannya, Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya bukan macam manusia,
Kasih Tuhan kepada hamba-Nya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya.

Sudahkah Kenal Diri?

Sudahkah engkau kenal diri engkau?
Mengenal secara maknawi dan rohani
Kerana mengenal diri secara fizikal
Mungkin mudah dan senang
Dapatkah engkau kesan
Ilmu yang engkau miliki itu
Sejauh mana nilainya mengikut Tuhan
Sudahkah engkau dapat membaca
Ilmu yang engkau miliki itu sejauh mana
Memberi manfaat kepada agama dan dunia
Apa engkau rasa dengan ilmu engkau?
Engkau berbanggakah atau bersyukur
Dan merendah diri?
Lebih-lebih lagi engkau kenalkah jiwa atau hati engkau?
Engkau dapat kesankah jiwa engkau, tentang mazmumah dan mahmudahnya
Bolehkah engkau menilai, apakah yang engkau lintaskan didalam hati engkau?
Kebesaran apa yang engkau rasa di dalam jiwa engkau?
Apa engkau rasa bila berbagai-bagai perubahan yang engkau lihat dan rasa
Kalau engkau tidak perasan ini semua
Atau ia berlalu begitu sahaja, engkau belum kenal diri engkau
Jika diri engkau tidak kenal, lebih-lebih lagi diri guru engkau , sudah pasti engkau tidak kenal?!
Kalau guru engkau sendiri engkau tidak kenal
Wah, lebih-lebih lagi Tuhan engkau belum engkau kenal lagi
Oleh itu, mengapa engkau membesarkan diri, tidak mahu dipimpin lagi?
Diri engkau sendiri pun engkau belum kenal?
Engkau mahu berjalan sendiri tanpa pimpinan?
Lebih-lebih lagi engkau ada cita-cita
Hendak pimpin orang lain?
Jangan! Jangan! Nanti engkau akan sesat dan menyesatkan orang lain
Nilailah diri engkau!
Engkau patut jadi pengikut atau menjadi pemimpin?
Kalau engkau hendak jadi pemimpin, engkau mesti kenal sungguh diri engkau
Jika tidak bagaimana engkau
Hendak kenal diri orang lain
AFT
14121999
Menjelang Maghrib