KENALILAH TUHAN

ORANG yang kenal Tuhan atas dasar ilmu
dinamakan Al ‘Alimbillah
Mereka percaya bahawa Tuhan itu wujud tidak boleh ditolak
Ilmu tidak membenarkannya menolak dan menidakkannya
Atas dasar ilmu, akal tidak boleh menerima
bahawa Tuhan tidak ada
Mengenal Tuhan begini, rasa bertuhan tidak ada
Takut dengan Tuhan tidak terasa
Cinta dengan Tuhan
lebih-lebih lagilah tidak akan wujud padanya
Rasa bertuhan hendaklah jiwa atau hati merasanya
Dengan itu barulah datang rasa takut,
cinta, hebat, malu, dan lain-lainnya
Orang yang rasa bertuhan sahaja
yang boleh menjaga dirinya
Yang boleh taat dan patuh suruhan-Nya
dan larangan-Nya
Yang merasa kebesaran-Nya
Yang menyanjung, memuja, dan menjadikan idolanya
Mengenal Tuhan dengan hati
inilah yang dikatakan Al ‘Arifbillah
Mengetahui dengan akal, mengenal dengan hati
Jangan tahu sahaja adanya Tuhan, tapi tidak mengenal
Tahu sahaja tidak akan dapat cinta
Cinta datang setelah mengenal
Tahu sahaja tidak akan timbul takut
Takut datang setelah mengenal
Kenalilah Tuhan
agar engkau cinta dan takut kepada-Nya

Advertisements