KAMI MEMERLUKAN ENGKAU TUHAN

KAMI semua memerlukan Engkau, Tuhan
Kami tidak boleh hidup tanpa-Mu, Tuhan
Tidak akan selamat kami tanpa-Mu
Kalau ada orang tidak memerlukan Tuhan
Ertinya dia akan kelaparan tanpa pemberian Tuhan
Jika dapat sakit
Siapa yang menyembuhkan, kalau tidak Tuhan
Kalau ada mara bahaya
Siapakah yang akan melepaskan, kalau bukan Tuhan
Kalau tidak perlukan Tuhan
Siapa yang hendak memberi pakaian
Siapa yang akan melindungi daripada kesusahan
Siapakah yang akan menolong
Dan siapakah yang akan menyelamatkan,
kalau bukan Tuhan
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Tidak ada satu benda yang terkecuali
Yang bukan daripada kuasa dan pemberian Tuhan
Kalau ada orang tidak perlukan Tuhan
Ertinya dia tidak hendak segala-galanya
Kalau Tuhan bertindak mengikut keyakinannya
Dia tidak ada segala-galanya
Ertinya Tuhan akan ambil segala-gala daripadanya
Hartanya, rumahnya, pakaian, makanan, minuman
Kesihatan, keselamatan, kerehatan
Dan seterusnya anggota badan dan nyawa
Ertinya satu pun sudah tidak wujud lagi padanya
Dan Tuhan bertindak
mengikut keyakinan dan kehendaknya