Rasa Takut pada Tuhan

Rasa takut pada Tuhan adalah kemuncak seorang hamba..
rasa takut adalah hasil rasa cinta..
rasa cinta di buktikan dengan tindakan…
Tanpa rasa takut kita tidak akan sampai ke hujung dalam perjuangan..
Tanpa rasa takut. selawat, sembahyang, wirid tidak ada nilai di sisi Tuhan..
kita akan hanyut dengan kesombongan,
Tidak akan mampu memaafkan kawan,
Tidak dapat beri kasih sayang pada orang di bawah kita,
Tidak akan dapat berlapang dada..
Tanpa rasa takut kita mudah pandang hina pada orang, mudah benci org,
Tidak bolih terima kelemahan orang…
Orang hina, orang marah, caci, kesusahan, adalah ujian Tuhan pd hambanya..
Ujian adalah tanda kasih sayang Tuhan pada hambanya..
para sahabat sangat cemas bila tidak diuji..
takut Tuhan tidak beri perhatian padanya
Kita kena takut banyak tanggungjawab kita tak selesaikan
kita sangat memerlukan Tuhan d

aidil fitri

Selamat menyambut aidil fitri kepada semua. Sambutlah dengan membesarkan Tuhan supaya kekal rasa kehambaan dalam diri kita.
Sebulan kita berpuasa , bertujuan untuk menebalkan rasa hamba.
Oleh itu di hari raya ini janganlah kita merosakkan rasa hamba yang telah kita usahakan selama sebulan dengan menyambutnya dengan bersuka ria hingga lupa Tuhan. Rugilah kita dunia dan akhirat.

Ali Zainul Abidin

Suatu hari, ketika sedang berjalan di sekitar Masjidil Haram, Ali Zainul Abidin rahimahullah bertemu dengan seorang laki-laki yang dikenal suka mencela dan memaki.

Lelaki itu menegur Ali, “Hai orang fajir.”

Menyadari dirinya ditegur, Ali menyahut, “Semoga Allah memberimu pahala yang banyak.”

Orang itu kembali menegurnya, “Hai munafik”.

“Semoga Allah memberkahi dirimu,” sahut Ali.

Tak puas dengan makian itu, lelaki tersebut berkata, “Hai orang fasik.”
“Semoga Allah memberikan petunjuk-Nya kepadaku dan juga kepadamu,” jawab Ali sembil tersenyum.

Ketika lelaki itu hendak beranjak pergi, Ali menegurnya, “Engkau hanya menyebutkan tiga sifatku saja, padahal aku memiliki lebih banyak dari yang engkau sebutkan tadi. Apakah engkau ingin mengetahuinya? “

Mendengar ucapannya, lelaki itu menoleh dan menatap wajahnya.
Seketika ia berkata, “Aku bersaksi, sungguh engkau adalah
putra (cucu) dari Rasulullah saw.”ᴬᵗᵏ

Amalan Di Malam Hari Raya

Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”(Ibnu Majah)
 Huraian
1.Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi AllahS.W.T.

DOA AKHIRRAMADHAN
Ya Allah,
Ramadhan akan berakhir dan akan meninggalkan kami,oleh itu berilah masa kpd kami utk terus beramal spt dlm bulan ramadhan.Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk utk mentaati-Mu dgn ikhlas hati kami dan beribadat kpd-Mu mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.
Ya Allah,
kami mohon kpd-Mu semoga dipanjangkan umur kami lagi utk bertemu dgn bulan ramadhan ditahun hadapan supaya dapat kami mengabdikan kpd-Mu.
Ya Allah,
sekiranya kami tidak sempat bertemu dgn bulan ramadhan lagi,maka Engkau ampunkan dosa kami dan masukkan kami kedalam syurga-Mu.
Ya Allah,
kami berharap dgn berakhirnya bulan ramadhan yg mulia ini,segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan,Aamiin………

Akhlak adalah tempat pandangan Tuhan, Rasul dan manusia

 
Senyumlah selalu, mesralah selalu ia membantu berkasih sayang sesama manusia
Janganlah ketawa terbahak-bahak, jiwa mati
Rupanya pun hodoh, buruk sekali
Ketawa berdekah-dekah lambang kelalaian hati
Bukan itu cara bermesra, bahkan orang benci
Janganlah mengada-ada selalu, bergurau berlebih-lebihan, ia akan membawa perbalahan atau orang jemu
Kalau selalu dilakukan menjadi kebiasaan hilang wibawa diri
Sedangkan wibawa diri adalah mahal, ia adalah keyakinan orang
Bahkan ia adalah maruah diri
Ada maruah adalah kepercayaan orang, tidak ada maruah hilang keyakinan orang
Bercakap kenalah jaga bahasanya
Jangan mencarut, jangan mengumpat, jangan bercakap lucah
ia melambangkan peribadi rendah
Kehormatan kita hilang, orang tidak segan, harga diri terkorban
Bercakap kotor melambangkan rendahnya akhlak seseorang
Akhlak adalah tempat pandangan Tuhan, Rasul dan manusia
Tidak ada akhlak pada seseorang, orang itu pandaikah, berkuasakah, kayakah kehormatannya hilang
Keyakinan orang hilang, kepercayaan orang pudar
Berkelakar berlebih-lebihan orang suka dengar, tapi orang tidak segan
Sekadar kemesraan tidak mengapa, jangan melampau
Kerana berlebih-lebihan berkelakar mematikan jiwa, orang tidak percaya
Awaslah kelakuan kita, biarlah normal
Agar kepercayaan orang tidak pudar

Hamba Yang Jiwanya Bersih

Jika seorang hamba itu ilmunya cukup
Jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin
Kelihatan orangnya tenang
Ibadahnya terutama sembahyang,sangat berdisiplin
Berhadapan dgn orang penuh bijaksana dan lemah lembut
Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia
Hingga disenangi oleh orang
Kalau dia pemimpin,sangat dikasihi dan disayangi
Kerja-kerja tersusun dan teratur
Tenang,tidak gopoh,berdisiplin
Pandai bergaul dgn manusia.sangat beradab dgn Tuhannya
Redha dgn ketentuan Tuhan,sabar dgn ujian
Mengutamakan orang lain dari dirinya
Bertimbang rasa dgn manusia
Sangat bersimpati dgn orang yang susah dan mendapat kemalangan
Ingatannya dgn Tuhan sentiasa hidup
Jiwanya hidup,sangat peka,suka khidmat dgn manusia.-ASZ

Hadis

(*) SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :

“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :

1)Khatam Al Qur’an
2)Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3)Membuatkan para muslim meredhai kamu
4)Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
(*) Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

(*) Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

– MAFHUM DARI HADIS

Cara Tuhan Membalas Kasih Terhadap Kekasih-Nya

Cara Tuhan membalas kasih terhadap kekasih-Nya tidak seperti manusia,
Kalau manusia membalas kasih terhadap kekasihnya
diberi sesuatu yang menghiburkan atau menyukakan,
Kalau berlaku disebalik itu, bukan membalas kasih namanya,

Berlainan sekali Tuhan terhadap kekasih-Nya,
Memberi kasih sungguh anih, tidak serupa dengan manusia,
Tuhan memberi kasih terhadap cinta-Nya,
disusah-susahkan-Nya dengan bermacam-macam penderitaan,

Kekasih-kekasih Tuhan ialah para Rasul dan Ambiya dan
juga orang yang soleh dan bertaqwa sepanjang zaman,
Kasih Tuhan terhadap mereka dimiskinkan, dibenci
orang, disakitkan, dihalang perjuangannya dan
diperangi, diburu oleh musuh-musuhnya,

Meraka dibuang dan terbuang di negeri orang di dalam
kehidupan yang menyusahkan, mereka faham kasih Tuhan
terhadap mereka,
Kerana itulah mereka redha, mereka boleh sabar di dalam penderitaan,

Bahkan rasa terhibur kerana Tuhannnya,
Kerana itulah Nabi pernah bersabda: “Bala yang paling
dahsyat ditimpakan adalah kepada para Rasul dan Ambiya
dan Auliya”

Kemudian mereka selepas itu mengikut peringkat yang
diberikan iman kepada mereka,
Semakin tinggi iman mereka, semakin berat bala
ditimpakan kepadanya,
Kalau kurang iman mereka, kurang pula bala,
Bala yang ditimpa kepada orang beriman mengikut tinggi
rendah imannya,

Ada juga orang tidak beriman, fasik dan zalim,
Diberatkan ujian kepada mereka itu adalah kutukan
Tuhan kepada mereka,

Yang saya ceritakan ini hanya orang beriman sahaja,
Kalau seorang Islam tidak pernah dibala atau balanya
ringan sahaja janganlah bergembira,
Jangan-jangan mereka sudah tidak ada perhatian lagi
dari Tuhannya,

Kerana itu takutlah dengan Tuhannya, Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya bukan macam manusia,
Kasih Tuhan kepada hamba-Nya tersendiri caranya,
Orang bertaqwa sahaja yang faham tentang Tuhannya.

Sudahkah Kenal Diri?

Sudahkah engkau kenal diri engkau?
Mengenal secara maknawi dan rohani
Kerana mengenal diri secara fizikal
Mungkin mudah dan senang
Dapatkah engkau kesan
Ilmu yang engkau miliki itu
Sejauh mana nilainya mengikut Tuhan
Sudahkah engkau dapat membaca
Ilmu yang engkau miliki itu sejauh mana
Memberi manfaat kepada agama dan dunia
Apa engkau rasa dengan ilmu engkau?
Engkau berbanggakah atau bersyukur
Dan merendah diri?
Lebih-lebih lagi engkau kenalkah jiwa atau hati engkau?
Engkau dapat kesankah jiwa engkau, tentang mazmumah dan mahmudahnya
Bolehkah engkau menilai, apakah yang engkau lintaskan didalam hati engkau?
Kebesaran apa yang engkau rasa di dalam jiwa engkau?
Apa engkau rasa bila berbagai-bagai perubahan yang engkau lihat dan rasa
Kalau engkau tidak perasan ini semua
Atau ia berlalu begitu sahaja, engkau belum kenal diri engkau
Jika diri engkau tidak kenal, lebih-lebih lagi diri guru engkau , sudah pasti engkau tidak kenal?!
Kalau guru engkau sendiri engkau tidak kenal
Wah, lebih-lebih lagi Tuhan engkau belum engkau kenal lagi
Oleh itu, mengapa engkau membesarkan diri, tidak mahu dipimpin lagi?
Diri engkau sendiri pun engkau belum kenal?
Engkau mahu berjalan sendiri tanpa pimpinan?
Lebih-lebih lagi engkau ada cita-cita
Hendak pimpin orang lain?
Jangan! Jangan! Nanti engkau akan sesat dan menyesatkan orang lain
Nilailah diri engkau!
Engkau patut jadi pengikut atau menjadi pemimpin?
Kalau engkau hendak jadi pemimpin, engkau mesti kenal sungguh diri engkau
Jika tidak bagaimana engkau
Hendak kenal diri orang lain
AFT
14121999
Menjelang Maghrib

4 TIPS DARI NABI MUHAMMAD SAW

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri, ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh mnyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yang panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida pada udara hembusan tersebut, jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang menyebabkan penyakit jantung

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut membantu mmbuang lemak-lemak degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselangseli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit kerana sedikit yg dilakukan beristiqamah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.