KEIKHLASANKU TERCACAT

TUHAN!
Selama ini Nerakalah yang aku lebih takut dari-Mu!
Juga Syurga lebih kucinta dari-Mu sendiri
Kedua-dua inilah yang mendorongku beribadah
Kerana keduanya jugalah aku menjauhi
larangan dan melaksanakan suruhan
Aku rasa aku sudah tidak beradab dengan-Mu Tuhan
Aku beramal ibadah kerana makhluk-Mu
Keikhlasanku terhadap-Mu telah tercacat
Kerja-kerja yang aku buat kerana Syurga dan Neraka
Ketidakberadapan aku terhadap-Mu
aku memohon ampun
Kesilapan aku itu aku memohon maaf
Bantulah aku agar amal ibadah yang kubuat
kerana-Mu Tuhan
Bukan kerana Syurga atau Neraka
Aku amat takut dan bimbang
jangan-jangan Syurga dan Neraka itu jadi hijab
Sekali lagi aku memohon maaf
Kerana keterlanjuranku
Aku berjanji yang akan datang
aku beribadah untuk-Mu
Bukan kerana Syurga
dan tidak juga kerana takut Neraka
Cintakan Engkau dan takutkan Engkau
adalah lebih utama