UJIAN DAN NAFSU

Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkan kesusahan dan ujian. Mereka takut miskin. Mereka takut jadi susah. Mereka takut jatuh sakit. Mereka takut kehilangan harta benda. Mereka takut turun pangkat atau hilang jawatan. Mereka takut dihina. Mereka takut dipulau dan sebagainya. Kalau boleh, manusia ingin selalu senang, kaya, sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan sentiasa hidup dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.

                Namun hidup di dunia tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Selagi dunia bernama dunia, ujian dan kesusahan akan tetap ada. Ia adalah adat dan resam hidup. Hadis ada menyebut:

Maksudnya “ Dunia itu negara bala dan bencana”

 

Sebenarnya, yang benci dan takutkan kesusahan dan ujian itu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada kesusahan. Nafsu tidak suka pada ujian, pada lapar dan dahaga, pada kemiskinan, pada kemelaratan, pada sakit, pada mujahadah dan pada apa sahaja yang tidak sesuai dengan kehendak dan keinginannya.

                Nafsu sebenarnya lebih jahat dan berbahaya dari syaitan. Syaitan boleh dihalau tetapi nafsu berada di dalam diri kita. Nafsu adalah jalan bagi syaitan. Kalau nafsu kita terdidik, maka sempitlah jalan syaitan untuk menggoda dan menipu kita. Tetapi kalau nafsu tidak terdidik, maka luaslah jalan syaitan.

               

Advertisements