ENGKAU MELUPAKAN TUHAN

ENGKAU melupakan Tuhan
yang telah memberi nikmat kepada engkau?
Betul-betul engkau telah buta mata hati
Kalau mata hati engkau tidak buta
Masakan engkau boleh melupakan
anugerah Tuhan kepada engkau
Jika mata hati engkau tidak buta
Cukuplah, ambil satu contoh sahaja nikmat dari Tuhan
Kalau mata hati engkau tidak buta
Engkau tersungkur sujud di hadapan Tuhan
Iaitu nafas atau oksigen
yang engkau terima dari Tuhan
Kalau engkau tidak dapat oksigen, matilah engkau
Jika engkau tidak bernafas,
tidak ada ertinya harta kepada engkau
Kalau nafas engkau berhenti,
rumah besar pun tidak berguna lagi
Kalau engkau tidak boleh bernafas,
pangkat pun tidak mempunyai erti
Kalau Tuhan tahan nafas engkau,
bintang kehormatan tidak bernilai lagi
Jika engkau tidak dapat oksigen,
nama dan glamour tidak berharga lagi
Apabila udara Tuhan tahan,
kuasa yang ada tidak berguna lagi
Bila Tuhan tidak memberi nafas,
kekayaan yang ada tidak memberi erti apa-apa
Sekiranya Tuhan tidak beri udara,
kereta besar menjalar tidak memberi erti
Segala yang engkau miliki
tidak ada erti apa-apa, jika udara tidak ada
Baru kita sedar nikmat udara sahaja
sudah terasa besarnya anugerah Tuhan                                                                 Kerana terasa benar oleh kita,
adanya udara segala yang kita miliki ada erti
Jika udara tidak ada,
segala yang kita miliki tidak bermakna lagi
Nikmat udara sahaja pun sudah cukup
engkau tersungkur sujud kepadaTuhan
Tanda besyukur kepada Allah
dan mengakui ketuhanan-Nya

Advertisements