Rasa Takut pada Tuhan

Rasa takut pada Tuhan adalah kemuncak seorang hamba..
rasa takut adalah hasil rasa cinta..
rasa cinta di buktikan dengan tindakan…
Tanpa rasa takut kita tidak akan sampai ke hujung dalam perjuangan..
Tanpa rasa takut. selawat, sembahyang, wirid tidak ada nilai di sisi Tuhan..
kita akan hanyut dengan kesombongan,
Tidak akan mampu memaafkan kawan,
Tidak dapat beri kasih sayang pada orang di bawah kita,
Tidak akan dapat berlapang dada..
Tanpa rasa takut kita mudah pandang hina pada orang, mudah benci org,
Tidak bolih terima kelemahan orang…
Orang hina, orang marah, caci, kesusahan, adalah ujian Tuhan pd hambanya..
Ujian adalah tanda kasih sayang Tuhan pada hambanya..
para sahabat sangat cemas bila tidak diuji..
takut Tuhan tidak beri perhatian padanya
Kita kena takut banyak tanggungjawab kita tak selesaikan
kita sangat memerlukan Tuhan d

aidil fitri

Selamat menyambut aidil fitri kepada semua. Sambutlah dengan membesarkan Tuhan supaya kekal rasa kehambaan dalam diri kita.
Sebulan kita berpuasa , bertujuan untuk menebalkan rasa hamba.
Oleh itu di hari raya ini janganlah kita merosakkan rasa hamba yang telah kita usahakan selama sebulan dengan menyambutnya dengan bersuka ria hingga lupa Tuhan. Rugilah kita dunia dan akhirat.

Ali Zainul Abidin

Suatu hari, ketika sedang berjalan di sekitar Masjidil Haram, Ali Zainul Abidin rahimahullah bertemu dengan seorang laki-laki yang dikenal suka mencela dan memaki.

Lelaki itu menegur Ali, “Hai orang fajir.”

Menyadari dirinya ditegur, Ali menyahut, “Semoga Allah memberimu pahala yang banyak.”

Orang itu kembali menegurnya, “Hai munafik”.

“Semoga Allah memberkahi dirimu,” sahut Ali.

Tak puas dengan makian itu, lelaki tersebut berkata, “Hai orang fasik.”
“Semoga Allah memberikan petunjuk-Nya kepadaku dan juga kepadamu,” jawab Ali sembil tersenyum.

Ketika lelaki itu hendak beranjak pergi, Ali menegurnya, “Engkau hanya menyebutkan tiga sifatku saja, padahal aku memiliki lebih banyak dari yang engkau sebutkan tadi. Apakah engkau ingin mengetahuinya? “

Mendengar ucapannya, lelaki itu menoleh dan menatap wajahnya.
Seketika ia berkata, “Aku bersaksi, sungguh engkau adalah
putra (cucu) dari Rasulullah saw.”ᴬᵗᵏ

Amalan Di Malam Hari Raya

Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”(Ibnu Majah)
 Huraian
1.Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi AllahS.W.T.

DOA AKHIRRAMADHAN
Ya Allah,
Ramadhan akan berakhir dan akan meninggalkan kami,oleh itu berilah masa kpd kami utk terus beramal spt dlm bulan ramadhan.Kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk utk mentaati-Mu dgn ikhlas hati kami dan beribadat kpd-Mu mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.
Ya Allah,
kami mohon kpd-Mu semoga dipanjangkan umur kami lagi utk bertemu dgn bulan ramadhan ditahun hadapan supaya dapat kami mengabdikan kpd-Mu.
Ya Allah,
sekiranya kami tidak sempat bertemu dgn bulan ramadhan lagi,maka Engkau ampunkan dosa kami dan masukkan kami kedalam syurga-Mu.
Ya Allah,
kami berharap dgn berakhirnya bulan ramadhan yg mulia ini,segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan,Aamiin………

Akhlak adalah tempat pandangan Tuhan, Rasul dan manusia

 
Senyumlah selalu, mesralah selalu ia membantu berkasih sayang sesama manusia
Janganlah ketawa terbahak-bahak, jiwa mati
Rupanya pun hodoh, buruk sekali
Ketawa berdekah-dekah lambang kelalaian hati
Bukan itu cara bermesra, bahkan orang benci
Janganlah mengada-ada selalu, bergurau berlebih-lebihan, ia akan membawa perbalahan atau orang jemu
Kalau selalu dilakukan menjadi kebiasaan hilang wibawa diri
Sedangkan wibawa diri adalah mahal, ia adalah keyakinan orang
Bahkan ia adalah maruah diri
Ada maruah adalah kepercayaan orang, tidak ada maruah hilang keyakinan orang
Bercakap kenalah jaga bahasanya
Jangan mencarut, jangan mengumpat, jangan bercakap lucah
ia melambangkan peribadi rendah
Kehormatan kita hilang, orang tidak segan, harga diri terkorban
Bercakap kotor melambangkan rendahnya akhlak seseorang
Akhlak adalah tempat pandangan Tuhan, Rasul dan manusia
Tidak ada akhlak pada seseorang, orang itu pandaikah, berkuasakah, kayakah kehormatannya hilang
Keyakinan orang hilang, kepercayaan orang pudar
Berkelakar berlebih-lebihan orang suka dengar, tapi orang tidak segan
Sekadar kemesraan tidak mengapa, jangan melampau
Kerana berlebih-lebihan berkelakar mematikan jiwa, orang tidak percaya
Awaslah kelakuan kita, biarlah normal
Agar kepercayaan orang tidak pudar

Rasulullah dan sahabat

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat2nya dan bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Sy Abu Bakar:
“Apa yg kamu suka dari dunia ini?”
Dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra.
“Aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1. Duduk2 bersamu Rasulullah
2. Melihat wajah Mu ya Rasulullah
3.Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah ”

Lalu Rasulullah bertanya dengan Saidina Omar ra.
“Bagaimana pula dengan mu ya Omar?”
Jawab saidina Omar
“Ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2 .Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang2an
3.Berkata yang benar walaupun pahit

“Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?”
Berkata Saidina Uthman
“Ada 3 perkara yang aku suka:

1. Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur ”

“Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?”
“Aku juga cintakan 3 perkara:

1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dengan pedang ”

Kemudian bertanya Rasulullah pada Abu dzar “Apa yang kamu suka di dunia ini?”
Berkata saidina Abu Dzar
“Aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.Lapar
2.Sakit
3.Mati ”

Kemudian Rasulullah bertanya, “Kenapa wahai Abu Dzar?”
Berkata saidina Abu Dzar, “Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. Aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosa2 ku. Aku sukakn maut kerana untuk bertemu Tuhanku”

Kemudian bersabdalah Rasulullah saw
“Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.Wangi2an
2.Wanita yg solehah
3.Sembahyang menjadi penyejuk hati ku ”

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah dan para sahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakan “Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1.Menyampaikan risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap orang miskin ”

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi lagi ke bumi dan berkata
“Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah swt berkata; Sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.Lidah yang sentiasa berzikir
2.Hati yang sentiasa khusyuk
3.Jasad yang sabar menanggung ujian. “

Hamba Yang Jiwanya Bersih

Jika seorang hamba itu ilmunya cukup
Jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin
Kelihatan orangnya tenang
Ibadahnya terutama sembahyang,sangat berdisiplin
Berhadapan dgn orang penuh bijaksana dan lemah lembut
Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia
Hingga disenangi oleh orang
Kalau dia pemimpin,sangat dikasihi dan disayangi
Kerja-kerja tersusun dan teratur
Tenang,tidak gopoh,berdisiplin
Pandai bergaul dgn manusia.sangat beradab dgn Tuhannya
Redha dgn ketentuan Tuhan,sabar dgn ujian
Mengutamakan orang lain dari dirinya
Bertimbang rasa dgn manusia
Sangat bersimpati dgn orang yang susah dan mendapat kemalangan
Ingatannya dgn Tuhan sentiasa hidup
Jiwanya hidup,sangat peka,suka khidmat dgn manusia.-ASZ

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.