Cinta Agung

aku tahu Engkau Tuhanku
adalah Cinta Agung
akupun mahu mencintaiMu
aku tahu mencintaiMu amat perlu

ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
aku berusaha ke arah itu
tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu

Oh banyak yang datang mengganggu
nafsuku dan syaitan terkutuk
dunia mempersona menggamit selalu
di waktu itu lupaku padaMu

cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga
walaupun sedikit terasa indahnya
kemudian lupa lagi

adakalanya lupaku padaMu
berpanjangan sekali
kemudian sekali sekala
sedar kembali engkau Cinta Agung

Engkau patut dicintai
selepas itu kulupa lagi
begitu cintaku kepadaMu Tuhan
dengan kelalaian silih berganti, oh Tuhan

dengan hati yang sedih ini
tolonglah aku dengan rahmatMu
bantulah aku mencintaiMu
agar cinta yang palsu terbunuh sendiri
itulah harapanku padaMu