PILIHAN-MU PENUH HIKMAH

PILIHAN-MU penuh hikmah, Tuhan
Pilihanku penuh nafsu
Kerana Engkau yang melakukan, Engkau Maha Mengetahui
Kerana itulah aku boleh redha dengan ketentuan-Mu
Atau setidak-tidaknya berilah aku kesabaran, aku boleh sabar
Permintaanku dengan urusan duniaku
Engkau berilah yang sepadan dengan kedudukanku
Permintaanku dengan urusan Akhiratku, janganlah Engkau
sukat dan bataskan
Engkau luaskanlah seluas-luasnya
Kerana di sana negara penyudah
Negara rahmat dan nikmat
Kalau aku memohon sebanyak mana pun
Tidak ada salahnya

Advertisements