KESEMPURNAAN TUHAN

ALLAH Taalalah yang menjadikan masa
Malam dan siang, Allah Taala yang menjadikan
dan mentadbirnya
Tapi Allah Taala tidak terlibat dengan masa
atau dalam masa
Juga Tuhan tidak terlibat dengan malam dan siang
Yang memerlunya adalah makhluk-Nya
Makhluklah yang terlibat dengan malam dan siang
Pada Tuhan, malam dan siang tidak ada bezanya
Pandangan Tuhan sama sahaja
Gelap dan terang serupa aja
Walaupun Tuhan tahu ini gelap dan ini terang
Masya-Allah Maha Suci Tuhan!
Masya-Allah Maha Agungnya Tuhan
Tuhan tidak perlu kepada sebarang keadaan
Tuhan tidak berhajat kepada sebarang ciptaan-Nya
Kerana Tuhan itu sudah sedia sempurna
Kesempurnaan Tuhan tidak ada permulaan
Juga kesempurnaan-Nya tidak perlu kepada tambahan
Kalau ada tambahannya bererti sebelumnya kurang
Maha Sunyi Tuhan daripada kekurangan
Kerana kesempurnaan-Nya sudah sedia wujud pada azali
Maha Sempurna Tuhan
Maha Suci Tuhan
Di sinilah cantiknya dan indahnya Tuhan
Yang tidak dapat digambarkan

Advertisements