Kerinduan Kepada Rasul


Ketika wafatnya Rasulullah s.a.w Saidina Bilal r.a berasa sangat sedih.
Kerana kesedihannya itu dia berhenti daripada melaungkan azan, meninggalkan Madinah dan pergi ke Syam.
Setelah berlalunya beberapa tahun daripada kewafatan Rasulullah, Saidina Bilal melihat Rasulullah di dalam mimpi.
Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal, “Mengapakah bersikap keras sebegini Ya Bilal, tidakkah kamu ingin menziarahiku?”

Maka Bilal terus bangkit dari tidur dan merancang untuk kembali ke Madinah, setelah beliau kembali ke Madinah, beliau terus menuju ke makam Rasulullah.
Bilal kemudian duduk bersebelahan dengan makam Rasulullah sambil menangis, menangis dan menangis, mengingati hari-hari indah beliau bersama Rasulullah s.a.w.
Hubungan yang lebih dari sekadar hubungan pengikut seorang ketua, tetapi hubungan Bilal dengan Rasulullah ialah hubungan seorang sahabat, seorang saudara,
seorang yang melepaskan beliau dari perhambaan dan memuliakan beliau, mengangkat beliau menjadi seorang muazzin, hubungan yang sangat rapat.

Beliau duduk sambil menangis dan terus menangis pada kubur baginda s.a.w kemudian beliau melihat Saidina Hasan dan Saidina Hussein, maka Bilal pun memeluk dan mencium mereka.
Saidina Hassan dan Hussein meminta Bilal agar melaungkan azan, maka Bilal bersetuju.
Maka ketika tiba waktu solat Bilal mengumandangkan seruan azan. Azannya ini adalah yang pertama kali selepas kewafatan Rasulullah.

Apabila penduduk Madinah mendengar azan, mereka terkejut, perasaan mereka kembali mengenangkan hari-hari bersama Rasulullah.
Maka mengangislah orang ramai, dan mengangislah perempuan-perempuan.
Maka hari itu adalah hari yang paling ramai orang menangis di Madinah.

Di sana ada perasaan yang pernah wujud di kalangan para sahabat kepada baginda Rasulullah s.a.w
Perasaan rindu, perasaan cinta..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: