Selawat ke atas Rasulullah


“Seorang Muslim Yang Hampir DiPotong Tangannya”
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa :
“Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan malaikat yang mana ditangannya itu beberapa pena dari emas dan beberapa kertas dari perak, kerja mereka hanyalah mencatit selawat keatas saya dan keluarga saya.”
Dalam sebuah riwayat mengatakan ada seorang yahudi telah menuduh. Seorang muslim mencuri untanya lalu orang yahudi itu berjaya mendapatkan 4 saksi yang terdiri dari golongan munafik.
Maka mereka pun mengadap Rasulullah S.A.W akhirnya keputusan telah dibuat oleh baginda Rasulullah S.A.W dan orang muslim itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman potong tangannya.
Apabila hukuman keatasnya hendak dibuat maka orang muslim itu pun mengangkat kepalanya kelangit dengan berkata:
” Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”
Setelah berkata demikian,maka orang muslim itu berkata kepada Rasulullah S.A.W:
“Ya Rasulullah S.A.W keputusan yang dibuat tuan memang betul.tetapi adalah lebih baik tuan mendapat penjelasan dari unta ini.”
Kemudian Rasulullah S.A.W pun berkata kepada unta:
” Wahai unta, katakan kepadaku, siapakah tuanmu yang sebenar?”
Maka dengan izin Allah S.W.T maka unta itu berkata:
“Sebenarnya aku adalah milik si muslim ini, sesungguhnya para saksi dan orang yahudi itu kesemuanya pendusta belaka,”
Setelah Rasulullah S.A.W mendengar kata-kata unta itu maka baginda berkata:
“Wahai ssaudaraku,katakan kepadaku apakah yang telah kamu amalkan sehingga Allah S.W.T telah mengizinkan unta ini berkata-kata?”
Orang muslim itu berkata;
“Wahai Rasulullah S.A.W.,sebenarnya setiap kali aku hendak tidur aku akan berselawat ke atas kamu sebanyak 10 kali.”
Rasuluillah S.A.W berkata:
“Wahai saudaraku. Sebenarnya kamu telah selamat didunia ini dari dipotong tangan kamu dan kamu akan terselamat dari siksa di akhirat nanti disebabkan keberkatan kamu berselawat ke atas saya…
Mzb . Atk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: