Sayidina Abu Bakar r.a


Sayidina Abu Bakar r.a. merupakan manusia paling paling tinggi martabatnya di kalangan para sahabat .Rasulullah saw sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukkan yang utama di antara para penghuni syurga.

Baginda SAW berkata:

“Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya”.

Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata :

“Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api.”

Kadang-kadang beliau berkata :

“Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan.”

Pada suatu hari beliau telah pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya:

“Wahai burung ! Sungguh bertuah engkau. Kamu makan,minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: