KETAQWAAN SAIDINA ABU BAKAR


Rabi’ah Aslami r.a. telah bercerita :

“Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan.Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata: “Wahai saudara,gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas.” Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi SAW. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: “Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi SAW.”Dengan segera aku menyampuk: “Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan menyelamatkan aku?” Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi SAW, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda SAW berkata:” Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah:”Semoga Allah mengampunimu, hai Abu Bakar.”

Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a. Keenggananya menerima pembalasan di akhirat menyebabkan dia memaksa Rabi’ah Aslami supaya mengambil tindakan balas keatasnya. Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi SAW dengan harapan Nabi dapat menolongnya. ”ᴬᵗᵏ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: