Tawanlah Musuh Dengan Ilmu, Khidmat Dan Kasih Sayang


Ramai bangsa-bangsa di dunia ini menawan musuhnya

dengan kekuatan senjatanya dan fizikal

Mereka boleh mengalahkan mereka tapi risikonya tinggi

Banyak orang yang mati, ramai yang cacat dan cedera, pembangunan runtuh,

harta musnah

Musuh-musuhnya yang kalah benci dan berdendam sampai mati

Semasa mereka masih lemah, mereka melakukan berbaga-bagai sabotaj

dan pembunuhan-pembunuhan curi lari

Yang kuat walaupun menang  dan berkuasa,

tapi hidup sentiasa bimbang dan di dalam bahaya

Mentadbir negara itu pula terpaksa dibangun dan dipulih semula

Tapi berlaku di sebaliknya, jika sesuatu bangsa menawan  musuhnya dengan senjata ilmu dan kasih sayang

Musuhnya dapat dikalahkan, namun tidak terasa dikalahkan oleh musuhnya

Kekalahan yang tidak terasa itu pula, mereka merasakan mendapat untung,

mendapat kawan, mendapat ilmu dan kemajuan

Musuh-musuh yang mengalahkan itu mereka tidak dianggap musuh

Musuhnya itu pula dianggap menjadi kawan yang berjasa pula dan penyelamat umat

Kekuatan ilmu dan kasih sayang menawan musuh-musuhnya

sangat positif dan menghiburkan

Musuhnya mendapat kawan, dapat ilmu, dapat kemajuan, tidak ada yang mati,

tidak ada yang rosak dan binasa ,

Bahkan musuhnya yang ditawan itu sangat senang hati dan dapat hiburan  pula,

Yang menawan tidak dirasakan musuh, bahkan mereka kawan yang setia lagi berjasa

Bodoh sekalilah bangsa-bangsa yang menawan musuhnya dengan kekuatan senjata

dan fizikal

Risikonya amat besar, kematian, kemusnahan, kebencian, dendam yang berpanjangan

Aku seru umat Islam hari ini tukarlah kaedah perjuangan

Janganlah hendak kalahkan musuh dengan kekuatan senjata dan tenaga

Itu pun umat Islam belum pun mendapat kejayaan dan menerima kemenangan,

bahkan kehinaan pula

Tawanlah musuh-musuh dengan ilmu, khidmat dan kasih sayang

Musuh-musuh itu akan jadi kawan bukan lawan, kerosakan dan kemusnahan

tidak berlaku, orang pun sayang  ,

Hanya  orang yang hasad dengki sahaja  dengan kejayaan orang  yang rasa tidak senang,

Itu biasalah berlaku tapi golongan ini tidak ramai di setiap zaman

Biasanya ini terjadi  kepada mereka yang ada kuasa dan cerdik pandai

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: