Tegas dengan prinsip


Tegas dengan prinsip ialah seorang Islam yang kuat berpegang dengan agamanya yang sentiasa mengamalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya. Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangkannya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, tidak kira di waktu mana, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi dan kondisi yang bagaimanapun.

Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihentikan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas dirinya. Sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya melawannya. Seperti dia ditangkap oleh musuhnya atau dia dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan dirinya.

Maka terjadilah pada dirinya banyak hal dan amalan yang biasa dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi yang tidak boleh dia melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah di dalam keadaan darurat.

Orang Islam yang tegas dan teguh dengan prinsip

Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan dihayati. Telah jadi mendarah mendaging. Telah sebati dan menjadi tabiat dirinya. Ia rasa Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu terlupa ia mengamalkannya, terlalu amat kesal dirasakannya dan tersangat tersinggung kalau ada orang yang menentang dan menghina agamanya. Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bahkan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.

Sebab-sebab seseorang itu tegas dengan prinsip/sebab-sebab seseorang itu ada prinsip

Orang Islam yang tegas dengan prinsip jumlahnya tidak ramai. Sekalipun para pejuang, pendakwah-pendakwah dan da`i-da`i. Kerana itu Islam amat susah diterima oleh orang ramai sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir sangat takut dengan Islam.

Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang dengan prinsip atau di katakan orang ada prinsip ialah:

1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang baik pula.

2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.

3. Seseorang itu ada mempunyai cita-cita. Islam bukan setakat untuk dirinya sahaja tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di alam sejagat ini.

4. Kerana seseorang itu benar-benar faham tentang Islam, kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.

5. Kerana seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang baik yang boleh menyampaikan secara baik dan diberi pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh peribadinya.

6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Dia rasa seronok mengamal dan memperjuangkanny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: