Janganlah menjadi orang yang hasad dengki


Orang yang paling derita jiwanya, orang hasad dengki

Sakit hati, derita, kecewa, marah, gelisah

Lihat sahaja orang lebih darinya, sakit hati

Ingin mengusahakan orang itu hilang nikmat darinya

Nikmat bertambah pada orang itu

Aduh! Marahnya meluap-luap, kecewanya bertambah parah

Lebih-lebih lagi ingin jatuhkan atau rosakkan orang, dia pula yang terjatuh

Wah! Hatinya bertambah marah dan parah

Apabila orang makin berjaya, dia sebaliknya, hatinya semakin tidak tenang

Hilang ketenangan, fikiran tidak menentu dan bercelaru

Semakin berjaya musuhnya, semakin derita dan kecewa jiwanya

Begitulah keburukan orang yang hasad dengki

Jiwanya tidak pernah tenang dan senang

Kalaupun Tuhan tidak menghukum

Derita jiwanya itu pun sudah cukup sebagai hukuman kepadanya

Janganlah menjadi orang yang hasad dengki

Akibatnya engkau menghukum diri sendiri

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: