ALLAH ADALAH PENGHIBUR AGUNG YANG SEBENAR-BENARNYA


Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situlah indahnya Islam. Islam itu menghibur. Penghibur yang paling besar ialah Tuhan yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali dan kalau kita tahu kerja-kerja Tuhan, maka kita akan dapati Tuhan itu sangat menghiburkan. Tuhan adalah penghibur yang agung.

Mari kita lihat bagaimana Tuhan itu Maha Penghibur. Sebagai contoh:

– Perkara biasa yang selalu kita tempuh tetapi kita tidak sedar, iaitu menyedut udara. Udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara, kita akan mati. Ertinya, dapat menyedut udara itu satu hiburan. Ia menghiburkan tapi kita tidak sedar. Kalau Tuhan cabut udara itu, kita terseksa bahkan kita mati. Ertinya kita tidak terhibur.

– Bumi yang kita pijak adalah ciptaan Tuhan. Bila mendongak ke langit biru; itu langit Tuhan; ia menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah, pergi ke pasar mencari lauk, ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain, ini semua menghiburkan. Tapi kita tidak perasan dan tidak pernah kita ceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

– Bila kita bekerja menggunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita rasa mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur, kita tidak boleh tidur. Ertinya mengantuk itu menghiburkan. Bila tidur, ia dapat menyegarkan badan. Badan kita pun segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

– Bertemu dengan manusia, kita dapat meluahkan perasaan dan dapat berkongsi rasa. Dia juga meluahkan perasaannya kepada kita. Apabila dapat meluahkan perasaan, lega rasanya. Itu pun hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan kita setiap masa.

– Apabila kita membuat sesuatu perkara yang baik, kita disuruh menyebut nama Tuhan. Tuhan suruh kita sebut:

Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).

Tuhan pilih dua nama-Nya dari 99 nama Allah, iaitu Ar Rahman dan Ar Rahim.

Dengan Ar Rahman, Tuhan beri kita segala macam nikmat.
Dengan Ar Rahim, Tuhan beri kita segala macam rahmat.

Cara itu Tuhan menghibur kita. Ertinya Tuhan kenalkan diri-Nya, ‘Akulah penghibur.’ Tuhan tidak suruh kita sebut: Bismillahijabbarulqahhar (dengan nama Allah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa). Selama ini kita tidak perasan dan kita tidak sedar.

Kita hanya tahu kalau sebut Bismillahirrahmanirrahim, kita dapat fadhilat. Kita tidak diajar bahawa Tuhan itu penghibur agung. Kita diajar fadhilat saja.

– Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja, ia menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja. Siang untuk keperluan kerja. Malam untuk berehat iaitu dengan tidur. Bila bangun pagi, badan segar kembali dan penuh dengan tenaga yang baru. Tidak terhiburkah kita?

Kita tidak pernah diajar tauhid seperti ini. Tuhan itu penghibur agung, tidak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itulah Allah datangkan syariat, seolah-olah Tuhan berkata, “Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan sistem hidup buat menghiburkan kamu.”

SYARIAT: HIBURAN DARI TUHAN

Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Tetapi ramai manusia menganggap syariat itu menekan dan menyusahkan. Mereka kata syariat itu menghilangkan kebebasan.

Bagaimana syariat itu merupakan hiburan dari Tuhan? Antaranya ialah:

– Syariat mengajarkan kita bahawa kalau orang bersalah, kita maafkan. Tidak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan, betapa sakit perasaan orang itu.

– Tuhan kata jiran mesti dijaga walaupun kafir, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tidak terhiburkah?

– Bila berkawan, mesti setia. Tidak terhiburkah?

– Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tidak terhiburkah?

Cuba baca sejarah orang yang paling kuat berjuang seperti para rasul yang tidak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tidak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa a.s. yang telah membunuh seorang lelaki Qibti sebelum baginda dilantik menjadi nabi. Itu pun secara tidak sengaja.

Rasulullah SAW menyertai peperangan sebanyak 27 kali tetapi tidak sekali pun membunuh orang, padahal peluang ada. Walaupun ada peluang, Rasulullah memilih untuk maafkan. Tidak terhiburkah hati orang?

– Tuhan datangkan Rasulullah untuk menghiburkan manusia. Baginda sangat berlemah lembut dengan musuh-musuhnya. Kalau mereka tidak mahu masuk Islam, Rasulullah biarkan dengan harapan satu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tidak terhiburkah?

Kenapakah sesetengah ulama atau pejuang-pejuang Islam hari ini bila mengajak untuk berjihad, mereka hendak bunuh orang? Hendak tembak dan bom orang. Dari mana mereka belajar? Para rasul tidak ada yang berbuat begitu. Akibatnya orang kafir takut dengan Islam dan pejuang Islam malah orang Islam pun jadi takut.

Jadi Tuhan minta kepada manusia untuk menghiburkan orang dengan mencontohi Tuhan sendiri yang Maha Penghibur. Tuhan juga datangkan orang-orang-Nya yang berjuang untuk menghiburkan manusia. Walaupun mereka susah, yang penting orang terhibur. Bagi orang-orang Tuhan seperti ini, kesusahan itu sendiri satu hiburan kepada mereka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: