Bahaya orang pandai yang jahat


Bahaya orang pandai yang jahat

Kalau orang bodoh telah menjadi jahat, kejahatannya tidak terlalu bahaya

Hanya curi ayam, curi kambing, telur ayam, tipu orang paling banyak ratusan ringgit

Kadang-kadang seluk saku, sambar beg orang, larikan kenderaan orang

Jika orang pandai yang sudah jahat atau yang berkuasa sudah menjadi jahat,

sungguh dahsyat

Duit negara yang dicuri, harta rakyat yang disonglapnya,

wang bank yang dirompaknya

Hendak ditangkap sangat liciknya, macam belut

Ilmunya canggih, alat-alat untuk melepaskan diri sungguh canggih,

susah hendak dihukum

Bahaya orang pandai yang jahat

Bahaya orang pandai atau yang berkuasa yang sudah jahat amat dahsyat

Negara boleh terlingkup, rakyat boleh menderita,

negara boleh terdedah kepada musuh dan bahaya

Itulah yang telah berlaku di dunia hari ini

Terutama di negara umat Islam atau negara bekas jajahan

Sudah berpuluh tahun atau beratus tahun penyakit itulah yang berleluasa berlaku,

belum dapat diatasi

Tidak ada jalan keluar, buntu, memeningkan kepala

Di suasana semacam yang ini orang yang baik selalunya teraniaya

Terutama orang yang baik itu cerdik pula, ada pengaruh pula, boleh jadi pemimpin

Sebelum segala-galanya terdedah dan terbuka, carilah jalan memusnahkannya

Cari jalan menyalahkan, untukditangkap dan diISAkan

Tapi Tuhan tidak membiarkan

Yang menzalim akan terhukum

Bahaya orang pandai yang jahat

Masa akan tiba, yang hak pasti terbela, tunggulah tidak lama lagi

Bertaubatlah! Baiki diri! Berdoalah!

Tolonglah orang yang susah agar segera datang pertolongan Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: