Musuh Islam


Mana ada satu agama atau ideologi di dunia ini yang

mengajar pada penganutnya tentang musuh-musuh mereka

serta cara-cara menghadapi musuh-musuh itu secara serius

dan begitu terang? Tapi perkara itu ada dalam Islam. Allah

S.W.T, kerana sayangnya pada hamba-Nya telah

menyempumakan Islam dengan menyatakan pada

penganutnya siapa musuh Islam serta apa caranya menghadapi

musuh itu. Itulah rahmat dan bukti kasih sayang Allah pada

orang mukmin. Sebab bila kita tahu siapa musuh kita dan

tahu pula cara menghadapinya bererti separuh dan kemenangan

sudah berada dalam tangan kita. Dan ini tidak berlaku pada

orang-orang yang tidak kenal musuh atau kalau kenal pun

tak tahu cara untuk menghadapinya Cuma sayangnya orang

Islam hari ini nampaknya

merupakan orang-orang yang tidak kenal musuh-musuh

Allah itu atau kalau pun kenal tapi tidak tahu bagaimana

hendak menghadapi musuh-musuh Allah dan Rasul itu.

Hingga kerana itu mereka sentiasa dipermain-mainkan

oleh musuh, samada mereka sedar atau tidak. Kalaulah

keadaan ini dibiarkan berterusan nescaya perjuangan kita

tidak akan sampai pada matlamamya. Hal ini wajiblah

disedari oleh orang Islam semuanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: