Bertolak ansur dalam pergaulan.


Bertolak ansurlah di dalam pergaulan ia adalah disenangi oleh manusia

Berlapang dadalah dengan perangai manusia agar boleh hidup bersama

Bersimpatilah dengan orang yang susah tanda hati mulia

Bergembiralah dengan kesenangan orang, susah hatilah dengan kesusahan orang

agar penyakit hasad dengki hilang

Ringan tanganlah menolong orang, agar kita disenangi orang

Senyum dan bermesralah di dalam pergaulan, itulah dia sedekah yang tidak meluakkan

Janganlah selalu mengadu tentang kesusahan, maruah kita akan tercemar

Janganlah tuntut hutang orang kepada kita,

agar orang tidak risau dan tidak terganggu fikirannya

Janganlah suka berhutang, fikiran kita tidak akan tenang

Elakkanlah selalu bergaul dengan wanita ajnabi agar kita dihormati orang

Jagalah perkataan kita ketika bercakap agar maruah orang tidak tercemar

dan maruah kita dapat dijaga

Kurangkan bergurau agar harga diri kita dipandang tinggi dan orang hormat kepada kita

Janganlah ketawa terbahak-bahak hilang harga diri kita

Inilah di antara etika di dalam pergaulan bermasyarakat

Kenalah kita selalu menjaganya agar kita selalu dipandang mulia

Kalau setiap orang mengikut disiplin ini di dalam pergaulan

Kasih sayang sentiasa berbunga, hidup aman, damai dan harmoni

Advertisements

Satu Respons

  1. pergaulan…pergaulan…rasanya sudah mula@lebih selesa bergaul dgn org yg jauh@xnmpk sbb masing2 akan cuba sebaik mungkin utk jujur,hormat,belajar memahami supaya dpt mengenali hati budi masing2 dan xteragak2 utk menegur mana yg silap(TP MASIH DALAM LINGKUNGAN BATAS2 SYARIAT YG TELAH DITETAPKAN)berbanding dgn yg dekat yg sikitpun xpernah belajar utk menghargai(hanya lebih mementingkan kepentingan sendiri smpi xpeduli perasaan org lain)

    ini cuma pendapat cato sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: