Hati


Hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa Allah itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaannya. Hati adalah tempat untuk merasa bertuhan. Untuk merasakan bahawa Allah Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Kaya. Untuk merasakan Allah itu  Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk merasakan Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan sebagainya.

            Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa bertuhan iaitu merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha sempurna. Hati yang rasa hebat, gerun dan takut kepada Allah. Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh Allah. Hati yang merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentadbiran alam ini. Hati yang merasakan bahawa tidak ada sesuatu jua pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan Tuhan. Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan. Hati yang merasa sabar dengan ujian Tuhan. Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali Tuhan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: