Jurang Kebinasaan


Maksud Firman Tuhan: “Berbelanjalah kamu di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam jurang kebinasaan” (Al-Baqarah:195) Apakah yang dimaksudkan Tuhan di sini? Tuhan mahu memberitahu kita apa sahaja harta yang kita dapat itu adalah milik Tuhan. Tuhan mahu menerangkan itu. Tuhan mahu kita sedar bahawa jangan sesekali ada rasa memiliki terhadap harta kita itu. Bilamana Tuhan memberi harta tersebut, ada maksud Tuhan di situ. Ia membawa maksud penerima harta itu adalah saluran daripada Tuhan supaya harta-harta itu dapat diagihkan di jalan Tuhan. Harta mestilah diagihkan untuk tujuan kebaikan kerana Tuhan. Dan janganlah agihan harta itu disalahguna dengan dibelanjakan di jalan maksiat dan kemungkaran. Tuhan melarang harta itu dibelanjakan pada jalan selain Tuhan. Ataupun dalam ertikata lain, harta yang dibelanjakan pada jalan yang dimurkai Tuhan. Tuhan menggunakan istilah “jangan” sebagai satu amaran. Kalaulah “jangan” itu tidak dipedulikan, seolah-olah Tuhan berkata begini: “Kamu sebenarnya sedang mempersiap-siapkan diri kamu untuk masuk ke dalam jurang kebinasaan.” Dan jurang kebinasaan itu hanyalah satu perumpamaan Tuhan terhadap neraka. Istilah lain untuk jurang kebinasaan itu adalah neraka. Kebinasaan itu maksudnya neraka. Jadi, bilamana Tuhan menyebut “jangan mencampakkan diri kamu ke dalam jurang kebinasaan”, maksudnya Tuhan melarang kita sengaja memasukkan diri kita ke dalam neraka. Jelas, mesej yang hendak disampaikan Tuhan dalam ayat tersebut ialah agar kita tidak tersilap dalam menguruskan harta yang diamanahkanNya kepada kita. Kesilapan bermakna neraka padahnya.

Advertisements

Satu Respons

  1. Majlis Ta’lim Darul Murtadza pimpinan al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin : http://wp.me/piAx4-15U

    Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167

    Kemelut Pemikiran Agama : http://wp.me/piAx4-15S

    Kajian (nama Allah) bawa paderi kepada Islam ! : http://wp.me/piAx4-15P

    KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA : http://wp.me/piAx4-15A

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: