Dalam negatif, ada positif


Setiap sesuatu yang negatif mesti dilihat dari sudut yang positif. Atas sesuatu yang negatif berlaku pada kita, walaupun nampak negatif, tetapi di situ ada pengajaran, ada didikan dan ada hikmah daripada Tuhan. Di sebalik yang tersurat berbentuk negatif, ada tersirat yang berbentuk positif. Hal sedemikian, jika tidak dicungkil, jika tidak digali, akan tinggal sebagai negatif. Padahal jika negatif dilihat sebagai negatif sahaja, ia akan terus tinggal sebagai negatif. Bahkan ia sedikit atau banyak, boleh mempengaruhi kehidupan kita. Dengan mencari hikmah serta pengajaran disebaliknya, nescaya ia akan dilihat sebagai positif. Walau negatif, tetapi tetap positif. Itulah yang sepatutnya menjadi panduan kita dalam berdepan dengan perkara-perkara negatif. Contohnya seperti ini: Kalau kita sakit, asal nampak negatif. Tapi tahukah kita bahawa dengan sakit, kita akan dapat pahala percuma dari Allah? Allah buat begitu sebab nak beri pahala kepada kita. Memanglah teruk kita menanggung kesakitan, tapi dengannya itu kita dijanjikan pahala oleh Tuhan tanpa perlu kita bersusah payah buat ibadah. Selain itu, dengan sakit, ia dapat memberi kerehatan kepada badan kita untuk satu tempoh yang sementara. Seolah-olah satu paksaan dari Tuhan untuk membolehkan tubuh badan kita direhatkan daripada kepenatan dan keletihan bekerja. Dengan sakit juga, setidak-tidaknya boleh memberi keinsafan kepada kita. Selama ini kita sentiasa sihat, sekarang diberikan sakit supaya kita beringat agar gunakan waktu sihat di jalan Allah. Supaya kita tidak lalai dan leka daripada mengingati Allah. Mulanya negatif, tetapi bila dikaji-kaji, dicari hikmah dan pengajaran, sakit itu sebenarnya positif. Contoh lain: Kita dihina dan dikata orang. Memanglah sakit hati kita mendengarnya. Pada lahirnya memang negatif. Tapi, jika kita positifkan, kita tidak balas hinaan tersebut sebaliknya kita katakan pada diri kita, “memang aku ini hamba Tuhan, layak dihina dan layak dikata.” Dengan melihatnya sebagai positif, kita sudah dapat mengelakkan daripada krisis antara kita dengan orang yang mengata itu berlarutan. Sekurang-kurangnya dengan lapang dada kita, kita sudah dapat mencetuskan perpaduan. Bahkan dengan menilai kata-kata hinaan tersebut, mungkin ada kebenarannya dan ini dapat membaiki kelemahan kita. Juga, hasil sabar kita, Allah akan meningkat darjat kita. Inilah yang difirmankan Tuhan, dalam Al-Quran, maksudnya: “Sifat baik itu tidak akan diberikan melainkan kepada orang-orang yang sabar.” Seperkara lagi yang cukup besar, bila ada orang hina dan orang kata kepada kita, akan jatuhlah ego kita, dan mencairkan kesombongan kita. Cuba bayangkan, kalau tidak ada orang mengata dan menghina kita, kita akan rasa diri hebat dan rasa diri sempurna. Itulah ego namanya. Dua contoh yang diberikan di atas sudah cukup mendorong kita untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Mulakanlah kehidupan kita setiap hari ini dengan keazaman untuk melihat sesuatu itu dengan positif. Daripada situlah nanti kita akan sentiasa positif dengan apa jua keadaan yang berlaku. Hasilnya, kita akan menjadi orang yang sentiasa tenang dengan kehidupan dunia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: