Tuntuan Daripada Istighfar


Beristighfar itu adalah perkara biasa yang kita lakukan selepas sembahyang. Ianya seperti sudah menjadi kelaziman. Walaupun ia bukan wajib, tapi seolah-olah menjadi kewajiban. Apa yang sebenarnya dituntut daripada istighfar itu, mungkin ramai yang tidak tahu. Mari kita memperkatakannya.

Istighfar selepas sembahyang itu bukan sekadar lafaz sahaja. Tapi apa yang dituntut daripada istighfar ini adalah hati yang beristighfar. Mulut menyebut, hati merasa. Maksudnya yang lebih jelas, bila kita beristighfar, hati mesti turut sama merasa. Hati rasa berdosa. Hati rasa bersalah. Terasa sembahyang banyak kekurangannya. Terasa sembahyang banyak cacat-celanya. Sembahyang yang tidak khusyuk bahkan selalu sahaja lalai dengan Tuhan. Begitulah keadaan sembahyang kita sehingga merasa amat bersalah dengan Tuhan. Jadi, bila beristighfar, rasa-rasa itulah yang patut timbul. Rasa-rasa itulah yang patut hadir.

Walau sembahyang sudah sesempurna mungkin, kena rasa sebaliknya. Kena rasakan yang sembahyang kita seperti tiada nilai di sisi Tuhan. Walau sudah dapat khusyuk, kena rasakan yang sembahyang kita ini jauh daripada khusyuk. Lebih-lebih lagilah kena dirasakan bila sembahyang itu memang kita sedar yang kita buat dengan berlebih kurang. Jadi, istighfar yang terkandung di dalamnya rasa-rasa seperti ini adalah istighfar yang mendapat perhatian Tuhan. Selainnya, Tuhan tak pandang. Istighfar yang tidak membawa rasa adalah istighfar kosong. Beristighfar beribu kali pun, jika tidak membawa kesan kepada hati; isitghfar itu tidak dikira. Di sisi Tuhan, seperti belum beristighfar.

Sebenarnya, janganlah istighfar setakat untuk sembahyang sahaja. Untuk apa-apa ibadah sekalipun, memang dituntut untuk kita beristighfar. Puasa, sebagai contoh. Selepas berpuasa, istighfarlah dengan Tuhan dan rasakan yang puasa kita banyak kurangnya. Puasa kita tidak lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga. Zakat, haji dan lain-lain ibadah sunat pun seperti itu juga. Istighfar dan rasakan sedemikian. Malah, sebaik selesai bekerja atau berniaga pun, elok beristighfar. Secara sedar atau tidak sedar, entah berapa banyak dosa yang sudah kita lakukan dalam berniaga atau bekerja. Betapa banyak hukum Tuhan sudah kita langgar. Kalau tidak dosa lahir, dosa batin tak terlepas. Ada riyak, ujub, takbur, sombong, hasad dengki, buruk sangka dan berbagai lagi. Begitulah hendaknya.

Jadi, bilamana kita beristighfar, bukti kita hamba yang sangat sensitif dengan Tuhan. Yang bukan sahaja akan memohon ampun bila terbuat dosa, tetapi tetap juga memohon ampun bila selesai membuat kebaikan. Sedangkan Rasulullah pun beristighfar tidak kurang daripada 70 kali sehari. Inikan pula kita umatnya, mestilah lebih daripada itu. Moga-moga dengan istighfar itu, Tuhan pandang kita dengan rahmat dan kasih sayangNya. Diampunkan kita dan dimasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang mensucikan diri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: