PENGISIAN 10 TERAKHIR RAMADAN


BULAN Ramadan memiliki begitu banyak keistimewaan, salah satunya adalah
      Lailatulqadar, satu malam yang dinilai oleh al-Quran “lebih baik dari
      seribu malam.” Kebaikan dan kemuliaan yang dihadirkan oleh Lailatulqadar
      tidak mungkin akan diraih kecuali oleh orang-orang tertentu sahaja.
      Bukankah ada orang yang sangat rindu atas kedatangan kekasih, namun
      ternyata sang kekasih tidak sudi hampir menemuinya? Demikian juga dengan
      Lailatulqadar.

      Itu sebabnya bulan Ramadan menjadi bulan kehadirannya kerana bulan ini
      adalah bulan penyucian jiwa dan itu pula sebabnya sehingga ia diduga oleh
      Rasul datang pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Ketika itu,
      manusia yang berpuasa mengharap jiwanya telah mencapai satu tingkat
      kesedaran dan kesucian yang memungkinkan malam mulia itu Mendekatinya.

      Apabila jiwa telah bersedia, kesedaran telah mula bersemi dan malam
      Lailatulqadar datang menemui seseorang. Pada ketika itu, kehadirannya
      menjadi saat qadar, dalam erti kata saat menentukan bagi perjalanan
      sejarah hidupnya pada masa yang akan datang. Saat itu, bagi yang
      bersangkutan adalah saat titik tolak bagi meraih kemuliaan dan kejayaan
      hidup di dunia dan di akhirat kelak, dan sejak saat itu, malaikat akan
      turun menyertai dan membimbingnya menuju kebaikan sehingga terbit fajar.
      Dan menjadi tenaga spirituil untuk menjalani kehidupan dalam masyarakat
      yang penuh dengan godaan.
      Sekarang ini kita lihat rata-rata umat Islam walaupun mengerjakan solat,
      tapi hatinya masih penuh dengan mazmumah. Pergi haji atau umrah sudah 10
      kali tetapi masih hasad dengki, sombong, ego, pemarah dan lain-lain.
      Padahal yang wajib itu sekali, yang lainnya sunat. Tetapi kebanyakan umat
      Islam bangga kalau dapat mengerjakan haji atau umrah berulang kali dengan
      belanja yang mahal. Padahal wang tersebut dapat digunakan membangunkan
      berbagai projek kebaikan untuk membantu orang-orang miskin dan tidak
      berharta. Inilah akibatnya bila beribadah kerana mengejar fadhilat, untuk
      mendapat pahala, masuk Syurga atau kerana takut Neraka. Akhirnya ibadah
      menjadi ideologi, sebab tidak dikaitkan dengan Tuhan. Walau ibadah meriah,
      masjid penuh, tetapi kebanyakan masyarakat masih jahat, yang beribadah
      masih jahat, yang tidak beribadah juga jahat.

      Kita mesti membezakan antara orang yang beribadah dengan tujuan mencari
      fadhilat dengan orang yang beribadah atas dasar ubudiah – mencari redha
      dan cinta Tuhan. Orang yang beribadah atas dasar ubudiah kerana Zat Allah,
      walaupun ibadahnya sedikit tetapi sangat berkesan pada hati. Dia akan
      terdorong untuk membuat perubahan pada hatinya, membuang berbagai sifat
      mazmumah (jahat) dari dalam hati dan berusaha menyuburkan sifat-sifat baik
      seperti pemurah, pemaaf, kasih sayang, tawaduk, bertolong bantu dan
      lain-lain. Dia akan menjaga hubungan hatinya dengan Allah agar tidak cacat.

      Tetapi yang beribadah atas dasar selain itu walaupun banyak, ibadahnya
      tidak akan memberi kesan pada hati. Misalnya masih pemarah, ego, tidak
      timbang rasa, tidak pemaaf, tidak ada kerja sama. Mereka mudah terjebak ke
      dalam maksiat lahir dan maksiat badan. Sebab itu di
      hari ini seluruh dunia umat Islam sibuk membangun masjid, tetapi makin
      banyak masjid makin rosak umat Islam. Masjid jadi tempat berpolitik,
      tempat mengumpat, tempat berkelahi, tempat membuat fitnah, tempat cari
      makan, tempat berebut kuasa. Orang yang beribadah kerana fadhilat akhirnya
      rosak dan akan merosakkan orang lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: