KALAU ENGKAU SEDAR KUASA TUHAN


KALAU engkau sedarlah kuasa Tuhan itu
menguasai sepenuhnya ke atas diri engkau
Nescaya hati engkau menggelupur ketakutan terhadap Tuhan
Hati engkau sentiasa bergelombang kerana bimbang
Jika engkau sedarlah penglihatan, pendengaran dan
pengetahuan tembus-Nya terhadap diri engkau
Nescaya rasa bertuhan tidak akan lekang dari hati engkau
Dan tentu susah sekali engkau hendak melupakan Tuhan
Juga jika engkau sedarlah rahmat dan nikmat Tuhan itu
kepada diri engkau tidak pernah rehat walaupun sedetik
Nescaya sungguh malu engkau kepada Tuhan
Syukur engkau terhadap-Nya
tidak akan terputus-putus kepada-Nya
Engkau akan besarkan, agungkan,
puja dan cinta terhadap-Nya
Engkau akan melutut dan sujud
menyembah Tuhan sepanjang hayat
Tapi hati engkau telah buta, jiwa engkau telah mati
Engkau tidak terasa apa-apa lagi terhadap Tuhan
Kepekaan engkau terhadap Tuhan sudah tidak ada lagi
Yang engkau besar dan agungkan
yang dapat engkau lihat dengan mata
Yang engkau sensitif ialah sesuatu yang engkau dapat fikirkan
Mata dan fikiran engkau yang menguasai diri engkau
Hati dan jiwa engkau sudah tidak berfungsi
Di waktu tirai dunia ini akan dilabuhkan
Engkau akan terkejut dan terbeliak mata engkau
Rupanya ada lagi satu kehidupan yang lebih luas dan dahsyat
Yang kekal abadi buat selama-lamanya
Yang selama ini engkau tidak dapat fikirkan
Di sanalah nanti engkau akan menyesal
tidak berkesudahan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: