ERTI MENGENAL TUHAN


MENGENAL Tuhan ertinya mengenal tujuan mati dan hidup
Kerana Tuhanlah kita hidup dan mati
Mengenal Tuhan ertinya mengenal tempat rujuk,
mengenal tempat berlindung,
mengenal tempat menyerah diri,
mengenal tempat mengadu, mengenal tempat bermanja.
Mengenal Tuhan ertinya mengenal perbuatan Tuhan
ke atas diri kita
Semuanya yang berlaku pada diri kita adalah mengandungi
hikmah dan pengajaran yang berguna
Apabila mengenal Tuhan barulah kita rasa seronok
melaksanakan syariat-Nya
Dengan syariat-Nya kita akan selamat dan menyelamatkan
Kerana syariat itu adalah disiplin kehidupan
Disiplin adalah sangat diperlukan oleh setiap insan
Dengan disiplin manusia hidup teratur
Setiap masa ada program yang tertentu untuk faedah manusia
Masa tidak terbuang, setiap ruang masa ada jadual hidup yang
berguna
Dengan syariat manusia hormat-menghormati satu sama lain
Dapat bekerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak
secara langsung
Kemajuan pun terbangun, hidup berkasih sayang dan harmoni
juga wujud
Berlakulah maaf-bermaafan, bertolak ansur, berlapang dada
sesama manusia
Syariat mendisiplinkan manusia hidup secara bersih, rajin dan
cergas
Bersih daripada pengkhianatan, penzaliman,
daripada jatuh-menjatuhkan, daripada rasuah
Setiap orang ingin hidup bersih,
maka terjauhlah segala maksiat dan jenayah                                                                     Apabila bersyariat bertunjangkan iman
kerana Tuhan telah dikenal
Dari syariat lahirlah akhlak yang mulia
dan peribadi yang tinggi moralnya
Akhlak yang mulia itulah pendorong perpaduan,
kedamaian, kasih sayang dan keharmonian
Maka berlakulah manusia di dunia seolah-olah satu keluarga
Ini telah pernah berlaku di dalam sejarah
Terutama di zaman Rasulullah SAW yang begitu indah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: