CIPTAAN TUHAN TIADA SIA-SIA


SALAH satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya
tidak ada yang sia-sia
Sama ada yang kecil mahupun yang besar
Yang halus mahupun yang kasar
Sama ada mengikut pandangan manusia
jijik atau menakutkan
Semuanya berlaku dengan hikmah
Sama ada mengandungi ilmu,
didikan mahupun pengajaran
Sekalipun seekor hama yang halus yang berada
di tengah belantara ada maksud dari Tuhan
Walaupun seekor kuman di atas gunung yang tinggi
di dalam batu pejal ada hikmah yang tersembunyi
Binatang yang merbahaya seperti harimau dan buaya
walaupun menakutkan manusia ada pengajaran
Sama ada yang disuka atau yang dibenci oleh manusia
ada rahsia dari Tuhan
Bahkan tidak ada makhluk yang Tuhan cipta yang sia-sia
Semuanya ada maksud dan tujuan
Cuma banyak manusia yang tidak tahu
hikmah dan rahsianya, didikan dan pengajarannya
Maha Suci Tuhan daripada membuat sesuatu yang sia-sia
Sekalipun pada pandangan manusia
perkara itu remeh sahaja
Perlu diingat, pada Tuhan semua perkara sama sahaja
Pandangan Tuhan tidak ada bezanya
di antara halus dan kasar
Di antara kecil dan besar
Dan yang jijik dan yang menyenangkan
Walaupun Tuhan tahu perbezaan itu
Dari segi menciptanya sama saja
Dari segi melihat sama juga                                                                                                      Kerana Tuhan bukan melihat dengan mata
Bukan kemampuan-Nya dengan tenaga
Dan Tuhan tidak merasa dengan jiwa dan perasaan
Setiap hikmah dan pengajaran itu Allah wujudkan
tidaklah menimbang-nimbang
Menimbang-nimbang adalah dengan akal dan fikiran
Tuhan tidak ada akal dan fikiran
Maha Suci Allah Taala berakal dan berfikiran
Hikmah dan pengajaran itu terjadi adalah dengan kuasa
dan ilmu Tuhan yang sedia sempurna
Yang tidak perlu menimbang-nimbang dan memikirkan
Maha Agung Engkau Tuhan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: