KEMAMPUAN MANUSIA TERBATAS


KEMAMPUAN manusia serba terbatas
Pengetahuan, pendengaran,
penglihatannya terbatas sekali
Kerana sebahagian jasadnya sahaja
yang berfungsi mengambil peranan
Pengetahuan hanya akal sahaja yang mengetahui
Lain-lain anggota tidak mengetahui
Pendengaran hanya telinganya sahaja yang mendengar
Lain-lain anggota tidak mendengar
Penglihatannya hanya mata sahaja yang berfungsi
Lain-lain anggota tidak melihat
Begitu juga lain-lain anggota badan,
mempunyai satu fungsi sahaja
Itu pun berfungsi masih terbatas
Berlainan sekali Tuhan,
segala sifat-Nya adalah tembus dan telus
Kerana Zat-Nya yang Maha Suci
daripada bandingan itu yang berfungsi
Zat-Nya yang tidak boleh dibelah bahagi
itulah yang berkuasa
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat dan Zat-Nya yang mendengar
Kerana sifat Tuhan walaupun banyak
tapi peranan Zat-Nya tidak dibelah bahagi
Dan satu-satu sifat tidak berperingkat-peringkat
Ertinya Zat-Nya yang Maha Esa itulah yang berperanan
mempunyai berbagai-bagai sifat yang telah disebutkan tadi
Kerana itulah Zat Tuhan yang mempunyai sifat
segala-galanya taraf Maha
Segala sifat-sifat-Nya Maha Sempurna,
yang tidak perlu disempurnakan lagi
Manusia, setiap anggotanya mempunyai fungsi
yang tersendiri atau berbeza-beza                                                                                        Ada yang mendengar sahaja,
ada yang mengetahui sahaja,
ada yang melihat sahaja
Tuhan tidak begitu,
Tuhan tidak berperanan seperti makhluk
Tuhan kita, Zat-Nya yang berperanan
yang mempunyai sifat-sifat yang banyak
Walau banyak, ia tetap satu
Zat-Nyalah yang mendengar,
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat,
Zat-Nyalah yang berkuasa
Kerana itulah Tuhan boleh berperanan serentak
Masa itulah Dia berkuasa,
masa itulah Dia mengetahui
Masa itulah Dia mendengar,
masa itulah Dia melihat
Dia tidak berlaku silih berganti
Begitulah Tuhan
tidak serupa sama sekali dengan makhluk
Kerana itulah Dia dikatakan Maha Suci
dan serba Maha

Advertisements

2 Respons

  1. Selamat datang pagi.
    Lihatlah pada siang ini.
    Kerana itulah kehidupan, hidupnya kehidupan.
    Pada masa singkat itulah
    kau menemui berbagai hakikat keberadaanmu.
    Itulah saat meraih nikmat
    saat meraih cahaya kemenangan.
    Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
    sedang esok hanyalah fantasi.
    Tetapi hari yang sedang kau jalani sekarang ini
    akan menjadi kelamrin
    sebuah mimpi yang indah
    dan esok adalah wujudnya harapan.
    Berbuat baiklah!
    Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini.
    Inilah erti penghormatan untuk hari ini.(Kalidasa)

    • Dunia hanya sementara, akhirat tempat kekal abadi.
      Masa di dunia gunakan sebaik-baiknya,
      Masa di dunia sangat singkat,
      Masa akhirat kekal abadi,
      Hidup di dunia bagai mimpi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: