ENGKAU MAHA TAHU


TUHAN! Engkau Maha Tahu yang kecil dan yang besar
Di dalam semua perkara dan benda
Terhadap apa jua jenis makhluk-Mu
Kerana Engkaulah yang menciptanya
Tapi pada-Mu kedua-duanya sama sahaja
Tidak ada beza di antara keduanya
Jika kecil Engkau sebutkan maka ia terjadi,
yang besar Engkau sebutkan pun terjadi juga
Tidak pula yang kecil rasa mudah
dan yang besar terasa payah dan susah
Tidak seperti makhluk-Mu yang lemah; membuat perkara
kecil mudah, membuat perkara besar susah
Walaupun di antara habuk dan gunung;
yang satu halus dan yang satu besar gagah
Namun Qudrat dan Iradah-Mu Tuhan, keduanya sama sahaja
Walaupun Engkau memberitahu manusia, langit dan bumi
Engkau jadikan selama enam hari
Bukan ertinya Engkau tidak boleh jadikan dengan sekelip mata
Bukan pula Engkau tidak boleh lakukan secara kun – jadilah
maka ia pun terjadi
Enam hari itu memang kehendak-Mu sendiri
Untuk didikan kepada manusia
Begitu juga jarak jauh dan dekat, Engkau tahu juga
Dan Engkau tahu ini dekat dan ini jauh
Tapi pandangan-Mu sama sahaja
Dekat dan jauh tidak ada beza apa-apa
Bahkan yang tersembunyi dan yang nyata
pada-Mu sama sahaja
Macam mana Engkau melihat yang jauh, begitulah juga
Engkau melihat yang dekat
Tidak seperti penglihatan makhluk
Melihat yang dekat dengan yang jauh ada bezanya
Yang dekat mudah dilihat, yang jauh susah dilihat
Maha Suci Engkau Tuhan
dan Maha Agung Engkau Tuhan

Advertisements

2 Respons

  1. Macamana engkau tahu Allah tu maha tahu, dah kenalkah Allah?

    • Assalamualaikum.
      Terimakasih kerana melayari blog ini.
      Saudara bertanya “ macamana engkau tahu Allah itu Maha tahu, dah kenalkah Allah?
      Jawapan:
      Sebagai orang Islam menjadi wajib setiap kita belajar bab tauhid. Bila kita belajar tauhid, kita akan belajar sifat 20 yang wajib bagi Allah.
      Sebagai pengenalan, berikut ialah nama-nama 20 sifat
      yang wajib bagi ALLAH Taala:
      1. Wujud
      2. Qidam
      3. Baqa’
      4. Mukholafatuhu Taala Lil Hawadisi
      5. Qiamuhu Binafsihi
      6. Wahdaniah
      7. Al Qudrat
      8. Al Iradat
      9. Al Ilmu
      10. Al Hayat
      11. As Sama’
      12. Al Basar
      13. Al Qalam
      14. Kaunuhu Qadiran
      15. Kaunuhu Muridan
      16. Kaunuhu ‘Aliman
      1’7. Kaunuhu Sami’an
      19. Kaunuhu Basiran dan
      20. Kaunuhu Mutakalliman
      Sifat wajib Tuhan yang ke 9 ialah Al Ilmu maksudnya mengetahui. Hurainnya, megetahuinya Allah itu, tak sama dengan makhluk tahu. ILMU ertinya “mengetahui”.
      Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah nyata dan terang meliputi tiap-tiap suatu, sama ada yang maujud (yang ada) ataupun yang ma’dum (yang tiada). Walau bagaimana hal keadaan sesuatu itu, sama ada pada perkara yang ada seperti alam ini, bumi dan langit, diri kita ini dan sebagainya mahupun pada perkara-perkara yang tiada, ia tetap nyata dan terang pada ilmu pengetahuan ALLAH Taala. Apakah yang dimaksudkan dengan perkara yang tiada? Katalah pada ketika ini hujan tidak ada. Itulah perkara yang tiada, dan ia tetap dalam pengetahuan ALLAH SWT. Ertinya, ALLAH tahu bahawa pada ketika ini di tempat kita tidak ada hujan sepertimana ALLAH tahu akan perkara-perkara yang ada seperti diri kita ini. Jadi bukanlah sekadar pada perkara-perkara yang ada sahaja ALLAH mengetahui tetapi pada perkara-perkara yang tidak ada pun ALLAH mengetahui juga. Kemudian, nyata dan terang pada pengetahuan ALLAH SWT pada tiap suatu perkara itu pula tidak mengira walau bagaimanapun bentuk sesuatu itu, dan dalam apa keadaan dan cara sekalipun. Yang besar ALLAH tahu, yang kecil juga ALLAH mengetahuinya. Yang jauh ALLAH tahu dan yang dekat pun ALLAH tahu juga. Setiap perkara yang tersembunyi ALLAH tahu, dan setiap yang tidak tersembunyi pun ALLAH tahu juga. Kemudian, sama ada di dalam gelap mahupun di dalam terang, Allah tetap mengetahuinya. Inilah sifat mengetahui pada ALLAH SWT itu, yang berbeza dengan sifat mengetahui pada makhluk seperti kita ini. Sifat mengetahui yang ada pada kita ini terbatas. Umpamanya, kalau sesuatu itu terlalu jauh, kita tidak lagi dapat mengetahuinya. Kalaupun kita dapat mengetahuinya, pengetahuan kita adalah secara rangkuman atau secara ringkas-ringkas. Ataupun kalau sesuatu perkara itu sudah tersembunyi, kita tidak dapat mengetahuinya. Sesuatu perkara di sebalik tabir misalnya, kita sudah tidak mengetahuinya. Mungkin kita hanya dapat mengetahui bahawa di sebalik tabir itu ada kaum perempuan. Lebih daripada itu kita tidak tahu. Umpamanya, apa yang mereka buat atau apa yang mereka bualkan, tentulah kita tidak dapat mengetahuinya. Tetapi ALLAH tahu semuanya. Kita tidak tahu kerana pengetahuan kita terbatas. Pengetahuan ALLAH SWT tidak terbatas. Dan pengetahuan ALLAH SWT juga adalah terperinci mengenai setiap suatu itu. Seterusnya, bagaimanakah yang dikatakan hakikat ilmu pengetahuan ALLAH Taala? Hakikat ilmu pengetahuan ALLAH Taala ialah bahawa ilmu itu merupakan satu sifat yang tetap ada. Atau dengan kata-kata yang lain, sifat ilmu ALLAH Taala itu sabit ada, dan tidak boleh tidak mesti ada. Manakala keadaan ilmu ALLAH SWT itu pula adalah qadim lagi azali. Ilmu ALLAH Tiada Permulaan Kita telah katakan bahawa qadim lagi azali itu adalah sesuatu yang tidak ada permulaan. Jadi sifat Ilmu ALLAH SWT ini tidak ada permulaan iaitu tidak didahului oleh tiada. Dan sifat ini berdiri pada zat ALLAH SWT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: