KALAU KUASA TUHAN SENTIASA TERASA DI HATI

KALAULAH kuasa Tuhan itu sentiasa terasa di hati
Kebesaran-Nya memenuhi hati manusia
Nikmat dan rahmat-Nya sentiasa,
hati terasa malu dan malu menerimanya
Iradah Tuhan itu terasa benar oleh hati ia pasti berlaku
Qahhar dan Jabbar-Nya
sentiasa menggerunkan hati manusia
Balasan dan hukuman-Nya bila-bila boleh berlaku
terhadap hamba-hamba-Nya
Hati benar-benar terasa kecut dan menakutkan
Gementar dan menggeletar hati merasakan
Apakah hati macam ini boleh dilalaikan?
Apakah hati begini boleh ditipu-daya
oleh nafsu dan syaitan?
Apakah hati ini boleh dipengaruhi
oleh dunia dan nikmatnya?
Sudah tentu tidak, sekali lagi tidak
Sudah tentu hatinya sentiasa terpelihara
Tuhan akan menjaganya, Tuhan akan memeliharanya
Tuhan akan mengisinya dengan iman dan keyakinan
Lalainya tiada, kecuali sedikit sahaja
Kerana manusia umum tiada maksum
kecuali nabi dan rasul
Inilah yang dikatakan hati (jiwa) yang hidup dan jaga
Jagalah hati atau jiwa jangan sampai dia mati
Atau jagalah dia jangan sampai dia buta

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.